Rabu, Ogos 08, 2012


Haah!!! Yang korang nak bising - bising sangat pasal Ahli Parlimen DAPigs ni kutuk Datuk Lee Chong wei tu pasal apa? Dia bukan buat salah pun.

Dia setakat kutuk dalam twitter je sambil mendabik dada mengatakan yang Pakatan Pembangkang tu lagi bagus dalam soal ni.

Kalau dia memerintah nanti, jangan kata pingat Emas yang boleh dibawak balik. Malah kemungkinan besar, sukan Olimpik tu pun boleh diadakan di Malaysia.

Lagi pun, Si Manoharam tu setakat kutuk Datuk Lee Chong Wei je. Yang diorang dok kutuk Perdana Menteri dan kakitangan Kerajaan tu, tak de masalah pun.

Selama ni, diorang dok kata Polis 'Hanjeng' Kerajaan, wartawan pencacai kepada Kerajaan, dan macam - macam lagi tuduhan, tak de apa pun.

Tambahan pulak, benda tu dah jadi norma buat pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang ni. Caci cerca, maki hamun dan sumpah seranah tu dah jadi darah daging.

Memang pemimpin macam ni la yang kita nak untuk memimpin kita dimasa akan datang. Sumpah seranah dan maki hamun tu akan jadi sebahagian dari cara hidup kita nanti. 

Jadi, kita nak heran buat apa? Itu pasal la diorang buat tak tau je bila Si Manoharam tu keluarkan kenyataan menghina Datuk Lee Chong Wei. Malah tak de tindakan pun yang akan diambil sebab benda tu dah biasa diorang buat!!!
PETALING JAYA: ADUN Kota Alam Shah, M  Manoharan tidak akan diberikan surat tunjuk sebab  atas keceluparannya memperlekehkan pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei di laman Twitter kelmarin, kata Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Katanya,  Manoharan telah memohon maaf secara terbuka kepada Chong Wei dan itu sudah memadai. Beliau berharap perkara itu tidak akan berbangkit lagi.

"Manoharan sudah meminta maaf secara terbuka kepada Chong Wei dan isu ini selesai, tidak ada yang berbangkit lagi," katanya.

Menurut Anthony, kenyataan yang dibuat oleh Manoharan itu tidak ada kaitan dengan DAP dan tidak akan menjejaskan parti.

"Saya tegaskan ini pendirian peribadi beliau dan tiada (pemimpin) dalam DAP setuju dengan kenyataan tersebut.

"Ia tidak memberikan kesan kepada Pakatan Rakyat, rakyat tahu menilai tapi kepada beliau sendiri kenyataan itu bukan dari parti," katanya.

Isnin lalu Manoharan memperlekehkan Chong Wei yang tewas dalam penentuan juara dan naib juara dengan pemain China Lin Dan di Twitter. Beliau menulis "Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY...".
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Kadang-kadang Bloggers pro UMNO ni cepat di jerat. Tak pasal-pasal je Indian yg tidak diknali ini sekarang dikenali seluruh negara. Free publisity der.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping