Jumaat, Ogos 03, 2012


Ps: Agak - agak kalau dia kantoi nanti, kat mana celah dia nak ambik duit ye? Nak buat loan dengan Si Ketua Penipu tu menggunakan dana RM 3billon tu ke? Korang fikir la sendiri!!!

Seperti yang kita semua tahu, Rafizi Ramli didakwa di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) di Mahkamah Seksyen Shah Alam. 

Apakah maksud Seksyen 97(1) BAFIA?

Jika kita rujuk akta tersebut seksyen 97 adalah mengenai kerahsiaan (secrecy)


Di sini penulis terjemahkan maksud Seksyen 97(1) menggunakan google translation :

Tiada pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen atau mana-mana biro luar yang ditubuhkan, atau mana-mana ejen yang dilantik, oleh institusi berlesen untuk menjalankan mana-mana bahagian perniagaannya, sama ada dalam tempoh jawatannya, atau semasa tempoh pekerjaannya, atau selepas itu, dan tiada seorang pun yang atas apa-apa sebab, mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada mana-mana rekod, buku, daftar, surat-menyurat, atau apa jua pun dokumen lain, atau bahan, yang berhubungan dengan hal ehwal atau, khususnya, akaun, mana-mana pelanggan tertentu institusi, hendaklah memberi, mengemukakan, membuka, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya mendedahkan, kepada mana-mana orang, atau membuat suatu rekod bagi mana-mana orang, apa-apa maklumat atau dokumen apa jua yang berkaitan dengan hal ehwal atau akaun pelanggan itu.

Walau pun Seksyen di atas jelas menunjukkan kerahsiaan sebarang dokumen institusi perbankkan dan kewangan, terdapat beberapa lagi Seksyen yang berkaitan dengan Seksyen 97 :

1. Seksyen 98 (Disclosure for facilitating performance of functions by Bank)
2. Seksyen 98A (Disclosure for facilitating performance of functions by Malaysia Deposit Insurance Corporation)
3. Seksyen 99 (Other permitted disclosures)

Seksyen-seksyen di atas ada menyebut klaus membenarkan pendedahan dokumen dan informasi tetapi ianya perlu melalui saluran yang betul iaitu melalui perintah mahkamah.

Malah prosiding mahkamah perlu mengikut Seksyen 99 (2) dan 99(3). Di bawah ialah terjemahan seksyen tersebut :

(2) Dalam apa-apa prosiding sivil di bawah subseksyen (1) (b) atau (d) di mana apa-apa maklumat atau dokumen adalah mungkin didedahkan berhubungan dengan akaun pelanggan, prosiding itu boleh, jika di mahkamah, atas kehendaknya sendiri, atau atas permohonan pihak kepada prosiding itu, memerintahkan sedemikian, diadakan secara tertutup dan dalam hal yang sedemikian, maklumat atau dokumen itu hendaklah menjadi rahsia antara mahkamah dengan pihak-pihak dalam prosiding itu, dan tiada pihak itu boleh mendedahkan apa-apa maklumat atau dokumen itu kepada mana-manaorang lain.

(3) Melainkan perintah mahkamah sebaliknya, tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau gambar mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding sivil yang disebut dalam subseksyen (2), atau apa-apa maklumat yang mungkin membawa kepada pengenalpastian pihak-pihak kepadanya, sama ada semasa prosiding itu atau pada bila-bila masa selepas mereka telah ditamatkan.
Dan jika merujuk kepada Fourth Schedule dalam BAFIA 1989, pesalah Seksyen 97(1) boleh dikenakan hukuman denda RM3 juta / penjara 3 tahun. - selebihnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Perhhh 3 juta tu...blh beli ferrari cash tu....mcm

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping