Bee Ant Cronies

Berita Pahang

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Terkini Di Pahang:

NASIB BAIK LA BENDA NI TAK JADI KAT MALAYSIA!!!



BEIJING - Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang, barat daya China melarang para pegawai dan pelajar beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan.

Tindakan itu mendorong sebuah kumpulan hak asasi memberi amaran keganasan terbaharu akan berlaku di rantau berkenaan.

Pekeliling yang disiarkan di beberapa laman web pemerintah meminta pemimpin Parti Komunis supaya mengehadkan aktiviti keagamaan penduduk Islam sepanjang bulan puasa termasuk berpuasa dan berkunjung ke masjid.

"Para pegawai Parti Komunis, kakitangan awam (termasuk mereka yang bersara) dan pelajar dilarang daripada menyertai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan," menurut pekeliling berkenaan.

Xinjiang dihuni oleh sembilan juta etnik minoriti Uighur yang beragama Islam. Penduduk Islam sebelum ini mendakwa sering menjadi mangsa penganiayaan pemerintah China.

Keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada 2009 apabila penduduk Uighur menyerang bangsa Han di bandar Urumqi yang menyebabkan 200 orang terbunuh. - AFP

Ps: Kalau sekarang ni, dah ada dah orang yang melarang azan dikuatkan dimasjid. Kalau nak laungkan azan pun, hanya didalam masjid sahaja.

Malah bukan setakat tu je. Nak mengaji dan berzikir sebelum masuk waktu solat pun dah tak boleh sebab ada orang kata ianya mengganggu Hak orang lain.

Jadi, jangan heran la kalau satu hari nanti, keadaan seperti di China ni pun bakal berlaku dalam Malaysia. Masa tu, menyesal pun dah guna dah!!! Korang fikir la sendiri!!!

2 comments:

boy_milo93 berkata...

maybe dalam bab zikir or ngaji tu kene blaja blek bab agama. ni sbb khilaf yg menytakan menggangu solat2 or ibadah org lain..
lgpun skadar pasang kaset sbb org skrg dah malas nk bc sndiri..then alasan yg gune ''seiring dengan kemajuan.''
mohon ummah prihatin

Tanpa Nama berkata...

Kat sana puak yg anti agama berkuasa, kat sini puak yg anti Islam sedang diberi peluang untuk berkuasa oleh para pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara. Sejarah akan mencatatkan kamu semua sebagai pengkhianat yg mana anak cucu kamu nanti akan malu mengakui kamu adalah nenek moyang mereka. Seperti segolongan manusia yg malu mengakui pernah terlibat dalam rusuhan jalanan masa era Reformasi dulu walaupun suatu masa dulu begitu berbangga dgn Reformasi. Sesungguhnya Reformasi telah basi, Transormasi kini lebihdiyakini.

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Hari ni, SH nak tengok, berani ke tidak pencacai Pakatan tu letak ID diorang masa nak komen. Setakat berani letak 'Anonymous' atau 'Tanpa Nama' je, apa barang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa Rajin, Duduk Atas!!!

DISCLAIMER

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai politik semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.