Jumaat, Ogos 24, 2012


Semalam Semut buat satu artikel berkaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Khalid Gereja berhubung dengan isu Hukum Hudud. (klik kat sini)

Secara dasarnya, dia sendiri menyokong tindakan Si Karpal Whilchar yang dok asyik sangat menghentam Hukum Islam dan menolak penubuhan Negara Islam tu.

Maka sebab itu dalam kenyataan dia semalam, beria - ia sangat dia nak ahli PAS serta seluruh rakyat Malaysia membiarkan sahaja tindakan kurang ajar Si Karpal.

Tapi, dalam masa yang sama dia dok salahkan orang lain pulak. Ada jugak dia nak kaitkan orang dengan kelemahan yang ditunjukkan oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu.

Kata dia, Si Karpal tu ada Hak nak bersuara tentang Hudud sebab bukan semua orang yang boleh terima. Lagi pun, pihak Kerajaan Pusat sendiri pun tak nak buat Hudud.
“Dia hanya boleh bersuara namun, tidak ada hak untuk menghalang pelaksanaan ini kerana ia melibatkan sebuah kerajaan bukannya seorang individu.


“Lagipun, masih ramai orang Islam di negara ini tidak sepakat melaksanakan undang-undang Islam ini (hudud). Orang yang ada kuasa pun tidak mahu laksanakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Baik. Daripada dia dok nak salahkan orang tak tentu arah, apa kata dia buat satu kerja yang berfaedah. Apa kata dia cadangkan kepada Kerajaan Selangor untuk laksanakan Hudud?

Perkara tu bukan satu benda yang mustahil. Suruh je Pesuruhjaya PAS Selangor bawak usul tersebut dan bentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.

Kita tengok pulak, adakah semua pemimpin dari pihak Kerajaan Selangor akan setuju dengan cadangan dia tu. Buat macam Kelantan.

Dah lebih dua belas tahun, undang - undang syariah Negeri Kelantan meluluskan rang undang - undang jenayah Syariah dan dipersetujui oleh semua ADUN Melayu-Islam.

Tapi sampai hari ni masih jugak tak dilaksanakan undang - undang tersebut. Soalnya, kenapa diorang tak kuat kuasakan? 

Undang - undang syariah Negeri bukan perlu kelulusan Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri sendiri boleh tetapkan perkara tersebut dengan perkenan Tuanku Sultan.

Jadi, daripada Si Khalid Gereja tu sibuk nak menyalahkan orang tak tentu arah, baik dia cadangkan perkara tersebut kepada sidang DUN. Ada jugak faedahnya dari dia dok ikut bontot DAPig!!! Kalau setakat jadi pencacai, baik tak payah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping