Hairan. Itu soalan yang terpacul dalam kepala otak setiap rakyat di Malaysia ni tatkala melihat gaya dan kaedah puak - puak Pakatan ni memerintah.
Walaupun diatas pentas - pentas ceramah mereka sering mendabik dada mengatakan yang mereka lebih baik dari orang lain, namun hakikatnya tak macam tu pulak.
Kita tengok negeri - negeri yang diorang perintah. Semuanya ada masalah belaka. Kenapa selama ni, masalah tu semua tak timbul?
Sebagai contoh di Selangor. Selama ni kita tak dengar pulak rungutan orang ramai pasal masalah sampah yang kini kian meruncing.
Dulu masa Barisan Nasional memerintah, ok pulak. Tak de pun timbul masalah. Tapi bila diorang ambik alih, semuanya tak terurus. Dibiarkan begitu sahaja.
IPTA pun macam tu jugak. Dulu tak de la sampai kena runtuhkan asrama Yayasan Selangor semata - mata nak jelaskan hutang dan sebagainya.
Tak de pulak Kerajaan Barisan Nasional kena jual tanah semata - mata nak langsaikan hutang sedia ada. Tapi sekarang, semuanya nak dijual belaka.
Masalah air pun macam tu jugak. Selama Barisan Nasional memerintah, tak timbul lansung masalah air ni. Semuanya ok je. Tak de orang merungut kata air tak cukup.
Tapi, bila diorang memerintah je, itu tak boleh, ini tak boleh. Menda kejadahnya!!! Pandai mengurus apa kalau banyak sangat masalah macam tu?
Di Pulau Pinang pun macam tu jugak. Selama Barisan Nasional memerintah, kita tak de dengar ada rumah orang kena roboh. Kedai berniaga kena pindah dan sebagainya.
Nak rumah kos rendah semua dapat. Tak payah tunggu rakyat nak membantah dan sebagainya. Ada je projek yang dibuat untuk rakyat.
Ini tidak. Nak bina rumah kos rendah untuk rakyat pun dok bising pung-pang, pung-pang. Tapi bab nak selesaikan masalah tu, tak jugak diorang buat.
Jadi, hak mana yang diorang kata diorang ni lagi bagus dari orang yang sebelumnya kalau dah semuanya menimbulkan masalah belaka? Nak kata diorang bagus, setakat bercakap je la. Kalau bab nak buat kerja, Jangan Harap!!! Satu hapah pun diorang tak tau buat!!!


salam bro,
BalasPadam13 Mei 1969 - negara ditimpa bencana.
4 tahun kemudian, 1973. Allahyarham Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia pada usia 44 tahun.
saja kita kira lah 44 tahun dari tahun 69, ialah tahun 2013. Bulan 4, 2013, habislah penggal bagi semua kawasan parti kerajaan dlm negara untuk diadakan PRU ke-13.
1 + 3 = 4
Angka 4 dan 13 ni banyak suey ooo bg kaum cina. tapi, sbhgn melayu muslim ni pun ada jugak yg terikut percaya. hehehe.. Insya-Allah, kita bukan nak mohon atau bersedia nak bergaduh 1Malaysia. Kita harap rakyat seluruhnya kembali sedar dan menolak kemungkaran muslihat Pakatan Rakyat secara menyeluruh. Aamiin.
Kedalam paya digigit lintah
BalasPadamTengok darah mula meloya
Apa beza PR memerentah
Adakah semua raayat dah kaya!
Pisaukarat sudah x boleh guna
Bila digunakan mudah patah
PR memerentah x nampak ISTEMEWA
Raayat dan negeri x nampak berubah!
tunjuk sikit pisaukarottt