TIDAK semudah membalikkan telapak tangan untuk menggandingkan kedua nama ini sekaligus dalam satu sesi fotografi.
Masing-masing mengelak, mencipta pelbagai alasan untuk melarikan diri daripada 'dijodohkan' di depan kamera. Tetapi kali ini, maaflah, mereka tidak mampu lagi untuk mengelakkan diri.
Hadir berdua, menaiki Toyota Hilux putih milik Zain (tentulah dia yang menjemput Rozita, bukan?) dengan pakaian sedondon hijau ke rumah Kebajikan Asnaf & Anak-Anak Yatim Al-Faez di Gombak baru-baru ini, peluang tidak dibiarkan berlalu dengan mudah.
Pantas dan tangkas, kami melaksanakan kerja. Kelihatan seperti 'memaksa' tetapi akhirnya kedua-duanya memberikan kerjasama.
Dalam mesra, ada manja yang semulajadi terpapar dari wajah kedua-duanya.
"Kalau saja-saja ambil gambar berdua, memang kami akan mengelak. Rasa tak seronok sebab nanti gosip semakin menjadi-jadi, kami tak selesa," kata Rozita Che Wan, wanita idaman Malaya ini.
Meskipun kena gosip dengan banyak lelaki muda, penangan Zain nampaknya lebih menjadi.
Antara ramai 'teman lelaki' yang kononnya dikaitkan berkasih dengan aktres jelita ini, sebenarnya boleh dilihat Zain yang berada di tahap teratas.
Hubungan mereka jauh lebih rapat, selalu keluar bersama dan Zain juga berdakap erat dengan anak-anak Che Ta, demikian gelaran oleh teman-teman rapat.
"Mereka sudah jadi macam kawan. Zain pandai ambil hati anak-anak," beritahu Rozita, satu ciri yang disukai tentang lelaki berusia 27 tahun itu.
Sejujurnya jua, kedua-duanya sangat menyenangi antara satu sama lain. Cuma barangkali sedang mengenal hati budi, menggali darjah cinta yang sebenar-benarnya pada saat masih ragu-ragu, membuatkan mereka belum bersedia untuk bercerita soal hubungan yang lebih serius.
"Ya, boleh katakan memang Zain paling rapat. Kami selesa bersama, ke mana-mana sahaja, tetapi untuk kata bercinta atau bernikah pada masa depan, terlalu awal," kata Rozita dalam tersipu-sipu malu.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.