Ait!!! Ni apa cerita pulak ni? Kenapa pulak Si Mahfuz tu nak mengidam sangat dengan Si Nora Danish ni? Ada apa - apa ke diorang ni?
TIDAK!!! Jangan cepat sangat salah sangka. Cuma satu persoalan timbul dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Nora Danish semalam.
Kata dia, tahun ni dia tak balik beraya ke Myanmar sebab keadaan disana tidak mengizinkan. Jadi, Semut pun tertanya - tanya jugak. Nora ni bukan warganegara Malaysia ke?
Kalau dia bukan warganegara Malaysia, memang ada la kemungkinan dia menjadi idaman Si Mahfuz Bean tu. Dia memang mencari orang macam Si Nora ni.
Hari tu, Si Mahfuz Bean ni jugak yang dok sibuk cari orang warga asing yang menetap di Malaysia ni. Jadi, memang patut sangat la tolong cari jawapan tu. Tapi kalau setakat bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je Mahfuz oi!!!
Walaupun ikatan perkahwinan antara Nora Danish dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli (Jejai) telah putus, namun hubungannya bersama ahli keluarga bekas mentua tetap berjalan lancar.Kata Nora, dia memang rapat dengan bekas mertua, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah dan Tan Sri Ramli Ngah Talib."Sekarang ini pun kalau Nora ada hal, anak, Putra Raykal Ramli akan dijaga oleh bekas mertua. Hubungan kami tetap mesra seperti dulu."Malah raya kali ini pun Nora telah beraya bersama keluarga bekas mertua sebab tahun ini tidak balik ke Mynmar kerana keadaan di sana yang tidak mengizinkan," katanya.Jelas Nora, dia sudah menganggap bekas mertuanya itu seperti ibubapa kandung kerana layanan yang mereka beri padanya sama seperti anak-anak mereka yang lain.Menurutnya, dia tidak bermaksud untuk merebut kasih sayang daripada mereka tetapi katanya tidak salah meneruskan hubungan yang sedia ada."Raya baru-baru ini, Jejai ada perlumbaan kereta di luar negara, dia tidak bersama keluarganya," jelasnya pantas.
nora nadish ni warga malaysia... cuma dia ni kan darah campuran...melayu + myanmar kalau tak silap.. salah seorang sama ada mak atau bapak dia adalah org myanmar.
BalasPadamso, dia ada sedara mara kat myanmar sbb dia ada keturunan kat situ... jadi tak pelik lah kalau dia nak beraya kat myanmar.
tapi dia still warga malaysia.... cuma tok nenek moyang dia ada kat myanmar
Pdgan peribadi saya rasa bagus ND still ada hubungan baik ngan bekas mentua, tp sy rasa x perlu nk wawarkan sgt pd public, ND should tone down, cukup tahu internal family shj, sbb reality nya ND bekas menantu.
BalasPadam..
BalasPadamNora Danish juga adalah idaman aku.....JBS masih ok lagi lah.
BalasPadam