Selasa, Ogos 07, 2012


Itu ayat yang diluahkan oleh salah seorang rakan Semut yang ditemui baru - baru ini. Dia meluahkan perasaannya selepas membaca laporan dalam akhbar semalam.

"Dah berapa kali aku cakap. Kita sebenarnya dah jauh lari dari landasan sebenar perjuangan. Kenapa kita nak ikut sangat cakap diorang?"

Dalam masa yang sama, tambah beliau, DAPigs sedikit pun tak pernah nak pandang atau terima pandangan yang diutarakan oleh PAS.

"Dari dulu lagi aku dah khabar, jangan ikut sangat DAP ni. Nanti menyusahkan kita jugak. Sekarang korang tengok. Kita nak buat apa pun tak boleh," tambah beliau.

Nah!!! Itu membuktikan bahawa bukan sahaja rakyat Malaysia yang mempertikaikan hubungan PAS dalam Pakatan Pembangkang.

Malah, ahli parti itu juga turut mempersoalkan kedudukan mereka didalam gerakan tersebut sejak ianya mula - mula disatukan pada tahun 2008 yang lalu.

"PKR pun tak boleh percaya sangat. Diorang nak memerintah je, bukannya nak tegakkan Islam. Kalau tidak, kenapa diorang tak terima perjuangan kita?" soal rakan Semut tu lagi.

Jadi, tak heran la kenapa Pakatan Pembangkang ni sering kali dilihat menjadi sasaran apabila mereka membicarakan soal menawan Putrajaya. 

Nak tawan macam mana kalau sesama sendiri pun tak mampu nak bagi kerjasama!!! Asyik nak ikut cakap puak - puak DAPigs je, menda kejadahnya!!! Memang patut la orang kata PAS sekarang ni dah Sesat!!!
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Ahli Pas di peringkat akar umbi mahu parti itu keluar segera daripada pakatan pembangkang kerana kebiadaban DAP serta Pengerusinya, Karpal Singh terhadap Islam merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, mereka berpendapat selagi Pas berada dalam pakatan tersebut, perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan parti tersebut akan terus dikekang hebat oleh DAP.

Ujarnya, ia merupakan satu hakikat yang berlaku dan atas sebab itu golongan ulama di dalam Pas perlu tampil meminta pucuk pimpinan parti mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Rata-rata ahli akar umbi yang saya temui menyifatkan kenyataan Karpal sebagai kurang ajar dan biadab kerana ia melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam. Ini bukan soal Pas tetapi soal Islam dan umat Islam.

“Sebab itu ada di antara mereka yang mahu Pas keluar daripada pakatan pembangkang kerana mereka melihat Pas tidak mampu berbuat apa-apa selagi terus menjadi anggota pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Categories: , , ,

5 ulasan:

  1. Pantang tok nenek aku tengok orang selit iklan komerSIAL seperti Global Products & Services Review ni.

    Tak jadi dah aku nak komen pasal topik.

    BalasPadam
  2. Kerja nak senang dan menumpang je.....macam tak ada tempat lain nak selit iklan KomerSIAL......

    BalasPadam
  3. Belum apa apa dah jumpa iklan..malas betul lah.Idea untok komen entah dah hilang kemana dah..

    BalasPadam
  4. Iklan Komesial tu tak de pulak aku jumpa kat blog2 PR-heran! Ni seme keja orang PR nak menipu kita le ni. Kalau dah menipu jadi amalan seharian gini le gayanyerr.

    BalasPadam
  5. haah kan, aku buka kat blog PR tak der pun iklan camtu... pelik tak ajaib nyer

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping