Kalau masa kecik - kecik dulu, salah satu mercun yang diminati oleh kanak - kanak ialah mercun roket. Walaupun bunyi tak kuat, tapi boleh tahan jugak la.
Bukan apa. Bunyi dia masa nak naik tu yang menggembirakan budak - budak kecik ni waima letupan dia berbunyi 'Puuuttt..." sekali pun.
Tapi, dizaman yang serba moden ni, dah ada cara baru untuk anak - anak main roket. Tak payah susah - susah beli mercun roket. Pakai air soda pun boleh!!! Kurang sikit orang kena kencing manis. Hehehe...
Kejayaan Suhardi dan rakannya membolehkan mereka mewakili Malaysia dalam pertandingan roket air peringkat Asia Pasifik ke-19 di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung Disember ini.Acara itu diadakan sempena Forum Agensi Angkasa Serantau Asia Pasifik (APRSAF) yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah selepas diadakan di Singapura tahun lalu.Sementara itu, guru pengiring SMK Agama Tun Ahmad Shah, Hartini Asimin melahirkan rasa bangga kerana prestasi yang dipamerkan anak didiknya dalam pertandingan tersebut.“Sekolah kami sudah menyertai PTPR sejak tahun 2004, namun tidak pernah sekali pun bergelar juara. Bagaimanapun, usaha gigih para pelajar yang sentiasa melakukan latihan akhirnya membuahkan hasil.“Diharap kami mampu menjulang nama negara pada pertandingan di peringkat Asia Pasifik hujung tahun ini. Insya-Allah, banyak yang perlu dilakukan sebagai persediaan kami kelak,” kata Hartini.Sebagai johan keseluruhan, pasukan SMK Agama Tun Ahmad Shah membawa pulang hadiah utama berupa Piala Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, teleskop Meade DS2102 102mm Maksutov Cassegrain, piala, pingat, kit pendidikan, sijil kecemerlangan dan sijil penghargaan.Tempat kedua pula dimenangi SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam, Selangor yang menerima teleskop Celestron Nextstar 90SLT 90mm Maksutov Cassegrain, pingat, kit pendidikan, sijil kecemerlangan dan sijil penghargaan.
Ps: Siap boleh wakili Negara pulak tu. Fuh!!! Hebat!!! Tak payah tunggu Pakatan Pembangkang memerintah pun, rakyat Malaysia memang dah sedia hebat belaka!!! Jadi, untuk apa kita nak undi diorang lagi ye tak?


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.