Nama Fara Fauzana bukanlah asing dalam lanskap hiburan tanahair. Tiada siapa dapat menafikan bakat yang dimiliki wanita yang mesra digelar Fafau ini khususnya dalam bidang penyampaian radio dan pengacaraan.
Pengiktirafan saban tahun yang diterima beliau dalam kedua-dua kategori tersebut dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian memperlihat populariti yang bergerak seiring perkembangan karier seni personaliti berusia 32 tahun ini.
GUA berpeluang menemubual pengacara Nona ini ketika Majlis Berbuka Puasa Anjuran HotFM dan TV9 Selasa lalu.
Anggun mengenakan busana serba hijau dan merah, Fara sempat berkongsikan pengalaman beliau merakamkan edisi istimewa Ramadhan Nona.
Jika pembaca Gua berkesempatan menonton Nona Ahad lalu, pastinya episod istimewa di Kemboja tersebut menggamit perasaan anda.
“Fara dan pihak produksi Nona berusaha menampilkan sesuatu yang menarik dan istimewa untuk penonton setia Nona.
"Jadi, kami telah bertandang ke 3 buah negara termasuk Kemboja, Indonesia dan Brunei untuk menyingkap kehidupan penduduk di sana terutamanya para wanita dalam menjalani ibadah puasa “, ujar Fara.
“Sememangnya ini merupakan pengalaman berbeza buat Fara. Sewaktu Fara menjalani pengambaran di kemboja, Fara dapat merasakan sendiri suasana yang mereka alami terutamanya ketika melakukan pengambaran di The Silent Trees, Fara dapat rasa kesunyian seperti yang digambarkan penduduk setempat “.
“Selama ini mungkin orang nampak Fara seorang yang ceria tetapi kali ini memang anda boleh nampak sisi berbeza Fara. Fara anggap semua ini sebagai satu pengalaman yang mematangkan kerjaya dan perkembangan karier seni Fara “.
“Mungkin ramai yang tak tahu Fara merupakan seorang yang cepat tersentuh. Baru-baru ini, bila Fara tengok Leya pakai tudung, Fara sendiri pun terharu dan turut sama berkongsi kegembiraan dan khabar baik tersebut.
"Sebabnya, kami dalam keluarga HotFM ini hubungannya sangat akrab dan kami memang rapat antara satu sama lain “, tambah Fara lagi.
Menurut Fara, setelah 8 bulan bersama Nona, beliau terharu dengan penerimaan baik dan sokongan peminat terhadap penampilannya dalam rancangan tersebut.
Mengakui semakin memahami kehendak penonton Nona, Fara sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk memberikan yang lebih baik buat penonton di luar sana.
Ramadhan ini, selain terlibat dengan program anjuran HotFM sendiri, Fara banyak menghabiskan masa berehat di rumah. Bercerita mengenai persiapan rayanya, Fara memberitahu tahun ini ibunya yang menguruskan segalanya.
Bakal beraya di Shah Alam, Fara gembira kerana kesibukan dan tugas beliau itu sentiasa diberi sokongan oleh keluarganya terutama si ibu yang senantiasa memahami kesibukan anak gadisnya itu.
Ps: Yang pastinya, dia tak masuk PAS!!!


0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.