Jumaat, Ogos 24, 2012


Perlahan - perlahan, tapi tetap menyengat!!! Itu yang paling penting. Kalau boleh, sakitnya tu biar terasa berdesing sampai ke telinga.

Baru la puak - puak PAS tu terasa sedar diri sikit dan tak asyik nak mendabik dada mengatakan mereka sahaja pejuang Islam yang ada kat Malaysia ni.

Semua orang dah tau yang PAS hanya sebuah parti Politik yang memperjuangkan agenda mereka tersendiri. Islam hanya dijadikan alat untuk memenuhi agenda tu sahaja.

Jadi tidak la semua orang yang 'berhijrah', memakai tudung dan nak mendekatkan diri kepada seruan agama perl menyertai PAS sebab PAS tu pun bukan agama.

Sekali lagi diulangi. PAS BUKAN AGAMA. PAS HANYA SEBUAH PARTI POLITIK semata - mata. Tak lebih daripada itu dan ianya tak perlu dinafikan lagi. Tak payah la susah - susah diorang nak membangga - banggakan diri!!! 
KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2012: Pelakon dan pengacara, Iqram Dinzly mengakui kalau dulu dirinya agak nakal, kini segalanya sudah mula berubah selepas dia menyertai kumpulan Fitrah bersama artis wanita yang telah berhijrah seperti Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson.

Malah, jejaka kacak ini tidak begitu gemar apabila segelintir pihak menggunakan alasan berhijrah untuk menyertai parti politik.

"Saya sudah banyak kali diajak rakan-rakan artis lain untuk menyertai kumpulan ini. Alhamdulillah, selepas menyertainya, saya merasakan perubahan pada diri saya.

"Saya akui, sebelum ini, saya seorang yang degil tetapi selepas mendalami ilmu Islam bersama ahli kumpulan ini, saya perasan diri saya mula berubah. Saya pun merasa seronok apabila dapat berjumpa ustaz-ustaz di sini.

"Mereka semua sempoi. Terus-terang, persatuan ini tidak sama seperti tabligh," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Iqram mengakui dirinya masih sama tetapi berubah dari segi pencarian ilmu dalam Islam.

"Saya kurang senang dengan dakwaan setengah pihak yang mahu mendalami Islam dengan menyertai parti politik. Kalau betul nak pelajari Islam, pergilah ke sekolah pondok atau pun mengikuti majlis-majlis ilmu yang disediakan.

"Terus-terang, saya tidaklah berubah sepenuhnya. Iqram yang sekarang ini adalah lelaki yang mencari jawapan apa dan kenapa yang sering berbangkit mengenai Islam," jelasnya.

Sementara itu, Iqram yang menjadi sahabat baik Fouziah Ghous memberitahu mengambil cuti selama seminggu untuk beraya dan hanya membuat persiapan biasa saja.
Categories:

3 ulasan:

  1. Ini baru betol penghijran yg dituntut..
    Bukan cam minah sorang tu .. Baru pakai tudung 1-2 hari dah start spin sana sini cakap yg dia lah yg betul...

    BalasPadam
  2. Iqram ni org ada pelajaran. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. minah sekor tu bukannya nak mendalami ilmu agama islam, tapi nak pikat ustaz2 palsu dari pas. silap2 dapat kawin ngan ustaz2 palsu tu. cerai nanti kalu dapat duit juta2. maklumlah ustaz2 pas ni kayo2 belaka, terutama dari kelate!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping