Hah!!! Apa buta sangat ke puak - puak Parti Angguk Saja ni sampaikan tempat macma ni pun diorang tak boleh nak jaga? Kot kalau sebelum ni bukan main lagi.
Tak puas diorang mendabik dada mengatakan yang diorang ni pejuang Islam KONONnya. Kalau dulu diorang boleh suruh Unit Amal jadi Jaga, sekarang apa diorang buat?
Nak mengharapkan pihak berkuasa aje ke yang buat kerja? Diorang buat apa? Duduk bertenggek dan pertikaikan itu dan ini? Apa gunanya kalau buat kerja macam tu?
Kalau ikutkan dari apa yang diorang cakap, beria - ia benar suruh orang fikir diluar kotak. Tapi dalam masa yang sama dok buat tuduhan yang bukan - bukan. Padahal, diorang sendiri pun tak buat apa-apa. Asyik bercakap je, bukannya mendatangkan faedah!!!
Facebook PDRM melaporkan bagi tempoh Januari sehingga Julai 2012, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah menjalankan sebanyak (18) serbuan secara bersepadu terhadap premis-premis hiburan di kawasan berkenaan dan (17) tangkapan terhadap individu yang melakukan pelbagai kesalahan.Tindakan juga telah diambil ke atas premis-premis hiburan yang melanggar peraturan membabitkan (5) kes tiada lesen, (7) kes operasi lebih masa, (1) kes lesen tamat tempoh dan (1) kes membenarkan pelanggan bawah umur masuk pusat hiburan yang dituduh mengikut Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur )1992.Berkaitan dengan isu pergaduhan pada 15hb Jun 2012, semakan mendapati tiada laporan polis diterima atau dibuat berhubung kejadian tersebut.Pihak Polis akan sentiasa bertindak pantas mengikut ’respon times’ yang ditetapkan sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah.Kereta Peronda Polis (MPV) juga sentiasa melakukan rondaan kerap atau berkala di kawasan berkenaan.Demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam terkawal usaha membanteras jenayah dan dadah akan terus dijalankan dari masa ke semasa dengan membuat pemantauan dan tangkapan di kawasan berkenaan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.