Membuka ceritanya pada malam itu, dia bersyukur kerana pada Ramadan ini dia diberikan kesihatan yang baik memudahkannya melakukan kerja harian seperti biasa.
“Jadual kerja saya sebelum dan ketika Ramadan ini sama saja. Rahmatnya bulan Ramadan ini meskipun saya berpuasa sepanjang hari saya rasa segar dan dapat melakukan kerja yang dijadualkan. Saya yang juga perokok tegar dapat membuang tabiat merokok pada Ramadan ini yang membuatkan saya rasa bertambah sihat.
“Terlalu banyak kebaikan dan keberkatan pada bulan puasa ini kerana membentuk kita jadi manusia yang penyabar dan melenyapkan rasa marah yang ada dalam hati.
Kepada belia di luar sana, jangan menganggap mudah hukum dan peraturan yang Allah SWT gariskan kerana setiap satunya untuk kebaikan kita semua, oleh itu jangan ada yang ponteng puasa,” katanya.
Terus menceritakan liku kehidupannya sebagai anak seni, jelasnya dia pernah dihalau tuan rumah kerana tidak mampu membayar sewa. Selama 26 tahun menjadi anak seni, hidupnya sering dihina dan dicaci.
“Dalam dugaan yang terpaksa dilalui itu saya bersyukur kerana masih ada dalam industri menyanyi dan berlakon.
"Apa yang kita buat segalanya berdasarkan niat kita dan prinsip saya juga, menggenggam bara biar sampai jadi abu. Bidang pekerjaan apa pun yang kita pilih, jangan melakukannya atas dasar suka-suka.
“Jangan anggap industri seni sebagai untuk mencuba sebaliknya sematkan semangat mahu berjaya. Atas penat lelah saya sebagai anak seni, saya dapat membina rumah untuk ibu bapa saya. Dalam keluarga sendiri, saya ada lima anak (daripada dua perkahwinan) dan dua anak saya muncul pelajar terbaik di sekolah.
“Lakukanlah pekerjaan anda dengan ikhlas dan itulah rahsia kejayaan saya selama ini. Kepada belia juga jangan ‘manjakan’ diri anda sehingga tidak boleh ditegur dan dimarahi oleh jiran tetangga, abang, kakak dan ibu bapa sendiri.
“Teguran itu kerana mereka sayangkan anda semua. Kalau abang marah kerana dia mahukan adiknya menjadi orang yang dihormati dan kalau ibu bapa tegur mereka mereka mahu anak mereka menjadi anak yang berguna kepada keluarga dan masyarakat.
“Untuk menjadi manusia yang berjaya juga jangan angkuh dan ego. Apa yang paling penting jangan babitkan diri anda dengan dadah dan perkara lain yang membawa kemudaratan,” katanya.


gua minat lu dari dulu sampai sekarang.....SEJATI
BalasPadam