SHAH ALAM - Polis merakamkan 40 keterangan daripada pelbagai individu berhubung siasatan kes penjualan sijil palsu bernilai RM5 juta yang kononnya diiktiraf daripada lima universiti luar negara.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, semua keterangan direkodkan selepas pihaknya membuat penahanan ke atas sepasang suami isteri yang juga dalang menjual sijil palsu itu kepada 'graduan' tempatan dan asing termasuk ahli politik serta individu bergelar Tan Sri.
Beliau berkata, siasatan diteruskan dan pihaknya menggesa individu terlibat membeli sijil palsu tampil membantu siasatan.
"Kita harap mereka hadir sukarela untuk dirakamkan percakapan kerana sijil dibeli mereka tidak sah.
"Kita tidak akan menahan mereka dan hanya memerlukan keterangan bagi melengkapkan siasatan, selain menyiasat jika terdapat penipuan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.
Thaiveegan berkata, pihaknya akan lihat kemungkinan sama ada individu membeli sijil palsu itu terpedaya dengan helah sindiket yang menjanjikan sijil bertauliah.
Menurutnya, beliau berharap mereka terlibat dapat bekerjasama dengan polis.
"Setakat ini tiada tangkapan baru dan dua suspek ditahan pada 25 Julai lalu, dilepaskan dengan jaminan polis tiga hari kemudian," katanya.
Siasatan mendapati 525 ‘graduan’ tempatan serta asing terlibat membeli sijil palsu bagi tempoh beberapa tahun lalu.
Kedua-dua suspek menjalankan operasi terbabit sejak 2003.
Ps: Mungkin 40 orang termasuk Tan Sri ni tengah tunggu Pakatan Pembangkang bagi pendidikan percuma kat Unisel kot. Nak masuk Universiti, diorang tak de duit. Jadi, nak tak nak, beli je la sijil palsu ni!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.