“Saya berasa amat terharu dan bangga kerana terpilih untuk membintangi filem ini. Saya menerimanya kerana teringin untuk menimba pengalaman bekerja dengan produksi Barat yang mana umum di seluruh dunia tahu, mereka sering menghasilkan filem-filem hebat.
“Selain itu watak Ada Wong sendiri yang penuh tarikan kerana ia adalah karakter yang sangat popular dalam permainan video Resident Evil. Saya berbangga melakonkan watak ini yang mewakili karakter wanita China yang perkasa,” katanya dalam temubual yang diadakan di Hotel Empire, Subang Jaya, Jumaat lalu.
Bingbing mengunjungi Malaysia, sempena menghadiri Tayangan Perdana Ekslusif Resident Evil - Retribution, yang berlangsung 7 September lalu di TGV Sunway Pyramid.
Tampak teruja saat berkongsi pengalamannya, peran Ada Wong itu berkata, untuk mendalami karakter yang diberi dia sempat menonton sendiri permainan video Resident Evil.
“Beberapa watak baru diketengahkan dalam filem ini melainkan Alice, yang dimainkan pelakon Hollywood, Milla Jovovich sejak Resident Evil pertama lagi.
Tidak seperti dia, saya pasti semua pelakon melakukan kajian untuk benar-benar memahami karakter yang diberi.
“Rujukan yang saya lakukan adalah dengan menyaksikan permainan video itu sendiri selain bermain permainan video dengan menguji ketangkasan Ada Wong untuk menghayati cara pergerakannya juga cara dia bertutur.
“Saya cuba mengingati kesemuanya sebaik mungkin supaya penonton yang terdiri daripada pencinta permainan video itu merasakan bahawa Ada Wong benar-benar hidup menerusi lakonan saya.
“Hampir kesemua babak aksi saya lakukan sendiri. Saya tidak tahu mengapa sejak dulu lagi orang menyangkakan saya pelakon aksi, walhal saya langsung tidak mendalami secara serius. Pun begitu, saya tetap suka untuk melakukan filem kung fu.
“Melalui filem ini, terdapat satu babak pertemuan dengan Milla di sebuah bilik kawalan, saya melakukan flip di udara. Ia hebat. Saya amat teruja melakukannya dan itulah juga kali pertama saya belajar menembak,” katanya.
Ps: Jangan dia teruja sampai nak acu pistol dan nak tembak orang ramai macam Bodyguard Si Ketua penipu tu sudah la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.