Rabu, September 12, 2012


Perkara ni kan dah diberitahu dulu lagi. Diorang ni bukan digelar sebagai SUARAM. Mereka tak layak mewakili Suara Rakyat Malaysia.

Entah bila masa rakyat Malaysia pilih diorang jadi wakil suara mereka pun tak tau la. Ini jenis puak - puak masuk bakul angkat sendiri je ni.

Tu pasal la dia tak sepatutnya dikenali sebagai SUARAM. Yang lebih tepat ialah SUAHARAM. Tu lagi kena dengan mereka. Tambahan pulak, diorang ni bukannya pertubuhan berdaftar pun. Setakat pertubuhan Haram ye la!!!
KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini mengesahkan bahawa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu menyatakan bahawa rekod pendaftaran pertubuhan mendapati Suaram tidak berdaftar dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan.

Menurut kenyataan itu lagi, untuk pendaftaran di bawah Akta Pertubuhan 1966, Suaram perlu memenuhi keperluan Jadual 1 Akta Pertubuhan 1966 yang meliputi alamat urusan, sekurang-kurangnya tujuh orang ahli (Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966), kutipan yuran ahli serta perlembagaannya.

Sebuah pertubuhan berdaftar perlu mengadakan mesyuarat agungnya dan mengemukakan penyata kewangannya dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat tersebut, menurut kenyataan itu.

Suaram menimbulkan isu apabila dikaitkan secara langsung dengan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), yang menerima sumbangan dana daripada pihak asing. - Bernama
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping