Sabtu, September 01, 2012


RASANYA sudah lama cerita ini SS dengar daripada seorang teman, kisah seorang penyanyi kelahiran program realiti yang pernah ditipu seorang lelaki berpangkat datuk yang kononnya menyediakan peluang perniagaan kepadanya.

Tetapi sudahnya senyap saja. Entah mana perginya perniagaan itu dan sekarang penyanyi tadi sudah berubah minat menjadi pengacara program TV pula.

Baru-baru ini ketika SS berkesempatan menghadiri majlis rumah terbuka seorang pelakon, ada pula kawan lama yang datang menceritakan mengenai seorang lagi penyanyi lain yang cuba menghimpit Datuk yang sama.

Penyanyi yang juga kelahiran program realiti yang sama itu khabarnya bukan main lagi menghimpit orang kaya itu dengan memberikan pelbagai cadangan perniagaan dengan harapan ingin cepat memandu kereta mewah. 

Tambah kelakar, penyanyi tadi bukan menjalankan kerja menghimpit itu seorang diri, tetapi disokong suaminya yang juga penggiat seni dalam lapangan yang sama.

Hairannya, adakah suami isteri itu tidak mendengar kisah rakan penyanyi lain tadi yang ditipu?

Rupa-rupanya kata teman SS tadi, pasangan suami isteri itu sebenarnya yang menjadi punca pergaduhan Datuk itu dengan penyanyi yang kini bergelar pengacara tadi. Bukan saja diburukkan dan dijaja dengan pelbagai cerita. 

Tetapi khabarnya mereka menyampaikan kisah buruk mengenai penyanyi itu dengan niat untuk merampas peluang yang ada. 

Maklumlah, ketika penyanyi dan pengacara tadi rapat dengan Datuk itu, bukan main lagi orang kaya itu menajanya. Bukan saja album, tapi macam-macam lagi yang diterimanya hingga membuatkan penyanyi dan suaminya ini cemburu. 

Terus mereka suami isteri merancang untuk merampas peluang yang ada kerana percaya kononnya mereka lebih bijak.

Tapi SS rasa, penyanyi dengan suaminya tadi tidak akan lama dengan misi yang dirancangkan itu kerana Datuk tadi memang kaki penipu. Saja menabur janji itu dan ini, tapi akhirnya nanti habuk pun tak ada. 

SS harap penyanyi dan suaminya itu tidak perlu meletak harapan tinggi kerana lebih baik kerja sendiri dan cari rezeki dengan kemampuan yang ada. 

Sapa yang tak nak kaya, SS pun nak jadi orang raya, tetapi lebih baik kalau kita berusaha sendiri tanpa berharap pada sesiapa. 
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping