Agaknya, itulah fatwa terbaru yang akan dikeluarkan oleh Si Nik Aziz ni nanti. Kalau sebelum ni, diorang boleh keluar fatwa sesuka hati, kenapa tidak kali ini?
Dulu, diorang buat fatwa kata mengundi BN ni Haram sebab sokong MCA dan MIC sebab diorang bukan Islam. Sekarang dah tak haram dah hukumnya.
Dulu, diorang kata Haram bagi wanita untuk menyertai Tilawah Al - Qur'an sebab suara wanita tu dianggap sebagai aurat. Sekarang, nak berceramah maki hamun Halal.
Kalau kena ke batang hidung diorang, semuanya Haram belaka. Tapi kalau kena pada orang lain, tak de pulak dia nak rasa kesal atau sebagainya.
Kenapa dia tak lahirkan rasa kesal dengan tindakan puak - puak Beruk Kuning hari tu sewaktu diorang merosakkan kenderaan Polis dan menjahanamkan harta awam?
Bila bas Si Ketua Penipu tu kena simbah dengan cat, baru la dia nak bising - bising kata perbuatan tu tak wajar dan sebagainya.
Tambaha pulak, apa maksud dia dengan mengatakan bahawa tindakan menyimbah cat tu datang dari luar? Dia takut ke nak tuduh orang Negeri sendiri yang buat?
Persoalannya, siapa yang datang dari luar tu? Bukan ke orang yang naik bas tu semuanya orang luar jugak? Jadi, memang ada kemungkinan Si Nik Aziz ni nak tuduh tuan punya bas tu yang buat semua kerja ni!!!
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meninjau perkembangan bas jelajah Merdeka yang digunakan oleh Anwar melahirkan rasa kesal terhadap kejadian itu.Nik Aziz berkata, kejadian itu berlaku berpunca dari manusia yang hilang fikiran sehingga ‘memuja’ nafsu. Menurutnya, nafsu pada manusia ini ada dua, ada buruk dan taqwa.“Tetapi bila manusia memilih ajaran sekular berbanding Islam, perkara sedemikian pasti akan berlaku.“Bagaimanapun, pejuang ulama terutama para Nabi telah mendahului kita menerima ujian ini,”ujarnya.Beliau bagaimanapun tidak menafikan perasaan ‘malu’ dan kecewa memandangkan perkara itu berlaku di Kelantan.Tambahnya, sedangkan pertelingkahan antara PAS dan Umno telah lama reda berikutan kedua pihak tidak menghianati antara satu sama lain.“Tiba-tiba perkara ini berlaku di Kelantan, tapi saya tahu ianya datang dari luar,”ujarnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.