Mungkin ada pihak yang dah ketandusan idea untuk menyerang UMNO sampai terpaksa buat kerja yang bukan - bukan macam ni.
Tapi tak heran la. Orang yang dah terdesak macam ni, terpaksa la guna apa cara sekali pun untuk 'cover' malu. Lagi pun, apa lagi cara yang diorang mampu buat selain dari menipu? Memang itu aje la kerja diorang pun!!!
KLUANG - "Ini bukan kerja Umno." Demikian ketegasan Naib Ketua Umno Sembrong, Abdul Ghani Abdul Rashid yang menafikan penglibatan parti itu dalam kewujudan sebuah papan tanda ke 'kampung bunian', Kampung Muafakat yang tidak ada kediaman mahupun penduduk.Menurut Abdul Ghani, walaupun papan tanda berkenaan memaparkan Umno cawangan Sembrong di atasnya, namun ia bukan perbuatan mana-mana ahli Umno dalam kawasan Sembrong.“Pihak kami tidak akan membuat sebarang tindakan kerana kami tiada kuasa menurunkan papan tanda tersebut.“Apa yang boleh saya katakan, kawasan itu memang tidak ada kampung, malah tidak ada permohonan menubuhkan cawangan Umno. Itu adalah perbuatan untuk menutup mata pihakberkuasa daripada menyedari pencerobohan kawasan tanah Hutan Simpan Kluang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kewujudan papan tanda Kampung Muafakat di Jalan Kluang-Kota Tinggi berhampiran dengan Ladang Felda Bukit Tongkat yang diletakkan logo Umno dan bertulis Umno cawangan Sembrong.Abdul Ghani berkata, Umno cawangan Sembrong tidak pernah ditubuhkan sama sekali dan penggunaan nama parti itu amat dikesali kerana ia menyebabkan masyarakat memandang negatif terhadap parti berkenaan.“Pihak kami juga telah membuat aduan kepada Pejabat Tanah Daerah Kluang untuk mengambil tindakan ke atas aktiviti pencerobohan tanah di kawasan Hutan Simpan Kluang itu,” katanya.Menurutnya, beliau percaya pencerobohan yang dilakukan itu bukan hanya melibatkan orang di kawasan Sembrong sahaja, malah individu luar.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kahang, R Vidyananthan berkata, masalah pencerobohan yang berlaku di kawasan tanah Hutan Simpan Kluang itu akan diserahkan kepada pihak Pejabat Tanah Kluang.Katanya, sehingga ke saat ini, belum ada pihak yang merujuk kepadanya untuk menyelesaikan masalah berkenaan.“Masalah pencerobohan tersebut sudah saya ketahui pada tahun lepas hasil aduan peneroka dan penguatkuasaan daripada Pejabat Tanah sudah dilaksanakan. Namun masih belum ada penyelesaian hingga kini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.