Rabu, September 19, 2012


Pelik jugak dengan puak - puak PAS ni. Diorang ni sekejap kata boleh. Sekejap kata tak boleh. Kalau benda tu tak menguntungkan diorang, semuanya tak boleh belaka.

Nak pulak kalau ianya tidak menyebelahi kehendak Politik mereka. Mula la diorang buat alasan yang bukan - bukan dan tak masuk akal belaka.

Selama hari ini, orang sering mempertikaikan dasar perjuangan yang dicanangkan oleh mereka sebab mereka mempergunakan agama sebagai alat dalam Politik.

Tapi, mereka ni sering memberikan alasan bahawa Politik dan agama tu tak boleh nak dipisahkan. Dalam agama ada Politik kata mereka.

Maka berjela - jela la dalil dan fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin - pemimpin mereka untuk membenarkan perkara tersebut sebagai alasan.

Soalnya, orang bukan mempertikaikan sama ada Politik dan agama tu perlu dipisahkan. Soalnya sekarang, orang marah apabila agama tu jadi alat dalam Politik.

Yang herannya, sekarang kenapa pulak Si Nasha Tantawi tu kata bantahan yang dibuat terhadap filem Kafir Harbi dari Amerika tu tak bermotifkan Politik?

Dia kata, bantahan tu dibuat hanya berdasarkan kepada isu agama dan bukan bermotifkan Politik. Ianya tak de kaitan dengan dasar Pakatan Pembangkang.
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan turut mengecam Koo Ham dengan menegaskan tiada isu buang masa atau tenaga sebagaimana dikatakan pemimpin DAP itu kerana bantah filem itu adalah kewajipan setiap individu Muslim.

"Kita tentang kerana ini isu agama, bukan politik. Filem ini menghina Rasulullah dan mengguris hati umat Islam seluruh dunia," katanya.
Nah!!! Boleh pulak dipisahkan agama degan Politik tu. Kenapa pulak dia tak samakan jugak seperti mana yang dilakukan sebelum ini?

Tapi apa boleh buat ye tak. Kalau dah hati tu tak de niat nak menyatukan ummah dan mengukuhkan perpaduan, buat la apa cara sekali pun, semuanya tak jalan.

Itu pasal la diorang boleh bagi alasan yang bukan - bukan. Apa yang penting, diorang ni bukan nak memperjuangkan agama sangat pun sebenarnya. Sekadar nak mendapat sokongan politik. Itu je yang penting bagi diorang!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Tidor sebantal air liur basi laen2....itu lah istah PAS/DAP...buat apa nk bidas separutnya lama dulu PAS dh patut kluar dari PR sbb klu sebut je DAP parti ni lah yg anti islam,malayoo dan raja2 sdh bermacam kecaman di buat psl islam dan malayoo ...kalo PAS sayang kan Islam dan Ras tlg la jaga kesucian kedau2 tadi jgn. Biar org hina dan caci agama dan Rasul

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping