Selasa, September 25, 2012


Kes mata lebam. Siapa yang tak pernah dengar cerita ni? Dan siapa pulak yang nak percaya sekiranya kes tersebut bakal berulang lagi tahun ini?

Kalau dah namanya geng - geng Pro-Mahasewel ni, tak pelik benda macam ni boleh berlaku dan diulang tayang sekali lagi.

Lagi pun tengok la siapa pemimpin diorang tu. Pun 2 x 5 sama je dengan diorang. Suka sangat ulang - ulang skrip yang sama untuk tagih simpati rakyat.

Tinggal lagi, kenapa pulak diorang nak buat laporan Polis? Kenapa dia tak ikut jejak langkah Ostad PKR tu? Kena belasah dengan 20 orang pun tak buat laporan Polis?

Ini baru 5 orang dah kecoh, apa hal? Takkan la dia tak boleh tahan kena serang dengan 5 orang budak kot? Dia tak belajar ilmu dengan Ostad Badrol ke?

Sudah la. Setakat guna pakai skrip ulang tayang macam ni, susah la orang nak percaya. Kalau dulu boleh la buat orang percaya. Sekarang ni, tak jalan dah!!! Orang dah muak dok asyik kena tipu dengan cerita yang sama!!!
PETALING JAYA: Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Edikoup Lakip Sediyanto mendakwa diserang lima lelaki yang tidak dikenali awal pagi tadi berhampiran kediaman beliau.

Serangan tersebut berlaku empat jam sebelum Pilihan Raya Kampus bermula pagi ini menyaksikan 15 pusat pengajian tinggi melangsungkan proses pengundian.

Berdasarkan laporan beliau, serangan tersebut berlaku sekitar jam 4 pagi ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Seksyen 17 menggunakan motosikal.

"Sebuah Kancil memberhentikan saya dan lima orang tarik saya ke tempat gelap di tepi jalan. Seorang individu menghanyun topi keledar di badan saya sehingga saya jatuh dari motosikal.

"Kemudian mereka serang saya di kepada menggunakan topi keledar. Saya ditumbuk dan ditendang di perut dan bahagian lain. Mereka melarikan diri selepas serangan. Saya cedera di muka dan badan."

Edikop ketika dihubungi minggu lalu menyatakan bantahan terhadap dakwaan pentadbiran UM membenarkan lima calon Pro Aspirasi untuk bertanding tanpa cukup syarat.

Katanya, perkara tersebut telah dinyatakan berkali-kali kepada pentadbiran universiti berkenaan namun tiada sebarang tindakan untuk menggugurkan calon-calon tersebut.

Media difahamkan protes mengenai status lima calon berterusan di UM. Pilihan raya kampus kali ini menyaksikan persaingan sengit antara calon dari Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi.

Universiti yang menjadi tumpuan adalah Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping