Jumaat, September 14, 2012


Apa yang dipersoalkan dibawah ni memang wajar dijadikan renungan. Kenapa pulak Pak Mus kita ni tiba - tiba je cuba nak menutup mulut orang lain?

Semua orang dah sedia maklum. Pemimpin - pemimpin PAS telah dilarang untuk bersuara dari membincangkan isu diantara Ustaz Nasha dengan Si Karpal Whilchar tu.

Jadi, takkan la diorang pun perlu menutup mulut apabila isu berkaitan dengan campur tangan Si Ketua Penipu tu dibangkitkan oleh ahli - ahli PAS sendiri?

Apa yang Pak Mus takutkan sebenarnya? Adakah dia takut yang ahli - ahli PAS secara umumnya tahu bahawa parti itu kini berada dalam genggaman Si Ketua Penipu tu?

Nasihat Semut, tak payah la nak susah payah menutup apa yang memang dah jelas, terang dan nyata tu. Semua orang dah tau. Pekung dah terserlah. Jadi, tak payah la diorang nak buang masa untuk menutupnya lagi!!!
KUALA LUMPUR - Tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dilihat begitu pantas melindungi kumpulan Anwarinas berhubung kemelut yang melanda bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa menimbulkan pelbagai persoalan.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Abd. Aziz Abidi Ariffin berkata, beliau hairan dengan perubahan sikap Mustafa yang begitu agresif membela kelompok Anwarinas sedangkan sebelum ini Setiausaha Agung Pas itu tidak pernah mengambil pendirian sebegitu.

"Kami hairan mengapa Mustafa cuba melindungi puak Anwarinas dengan menyatakan kumpulan tersebut tidak terlibat dalam usaha memecat Nasharudin sehingga beliau muncul orang pertama dalam Pas yang menafikan penglibatan Anwarinas.

"Sedangkan percaturan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Anwarinas dalam menentukan hala tuju perjalanan politik Pas bukan lagi rahsia, lihat sahaja apa yang berlaku kepada Datuk Dr. Hasan Ali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. TELOR YANG TEMBELANG DAH MELETUP BAWAH TIKAR; MANA BOLEH DITUTUP DENGAN KARPET.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping