Ahad, September 02, 2012


Ini satu perkara yang tak dapat dilakukan oleh Si Ketua Penipu tu. Dia takkan mampu nak lawan musuh untuk menjaga maruah keluarga.

Tapi, apa nak heran ye tak. Dah maruah dia sendiri pun dia tak mampu nak jaga. Inikan pulak dia nak jaga maruah keluarga. Kalau maruah Negara, lagi la dia tak peduli!!!
PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin sanggup menggadai nyawa berlawan dengan musuh demi menyelamatkan ayah dan adiknya.
Kesanggupan itu dapat dilihat menerusi lakonan Yana sebagai Manja beraksi menewaskan musuh dapat dilihat menerusi drama Bini-Bini Perkasa yang diadaptasikan daripada filem Bini-Biniku Gangster mulai 3 September 2012, setiap Isnin pukul 9 malam menerusi slot Aksi TV3.
Mengisahkan tentang Manja yang terpaksa menolak lamaran Hairi (Fezrul Khan) kerana berasal dari keluarga gangster.
Berkat usaha adik Manja, Eddie (Nizam Zaidi), akhirnya Manja dan Hairi berbaik semula dan berkahwin. Rumah tangga mereka mula bergolak apabila Din Unta (Fadzil Zahari) cuba membunuh ayahnya untuk merampas kuasa. Manja terpaksa campur tangan.
Dari dulu Manja tidak suka dengan pekerjaan serta cara hidup ayahnya sebagai gangster. Dia telah meninggalkan keluarganya dan membuka kedai bunga. Namun, atas amanat arwah ibunya, Manja bersetuju untuk kembali ke pangkuan keluarga demi menjaga ayah dan adik lelakinya itu.
Memandangkan Eddie merupakan seorang lelaki yang berjiwa sensitif dan mudah tersentuh hatinya, Manja terpaksa bertindak sebagai ketua dan bersiap sedia menentang musuh ayah dan adiknya.
Selepas ayah Manja diserang oleh Din Unta sehingga mengakibatkan koma, Manja bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh musuhnya itu tetapi juga masalah dengan suaminya, Hairi yang tidak memahami keadaannya.
Hairi bersikap dingin terhadap Manja kerana kecewa dengan penglibatan Manja dalam kegiatan gangster.
Demi cintanya pada Hairi, Manja telah melamar Riana (Intan Ladyana) untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Manja berharap Riana mampu memberi zuriat kepada Hairi, sekaligus menyelamatkan kemelut perkahwinan mereka.
Din Unta mula goyah dengan pengaruh Manja dan semakin terdesak untuk menghapuskannya. Akhirnya, Din bersubahat dengan Ringgo untuk menculik Hairi.
Penonton yang terlepas menyaksikan drama 13 episod ini boleh menonton melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping