Hadeh!!! Tak habis - habis lagi cerita artis buat kontroversi ni ye. Semuanya nak bikin 'Panas' belaka. Macam - macam cerita keluar.
Kali ni timbul pulak cerita pasal Neelofa dengan Si Awal Ashaari ni. Apa pulak cerita panas yang dibawa oleh mereka kali ini? Dengar kata diorang ni bakal bergandingan. Meh baca apa ceritanya!!!
Musim anugerah kembali lagi untuk tahun 2012 & paling dekat antaranya kita akan menghadapi Anugerah Skrin 2012 yang akan berlangsung pada 9 November nanti.Selain siapa yang tersenarai sebagai calon akhir dalam setiap kategori, kami pasti siapakah pengacara majlis antara perkara yang menjadi tumpuan ramai ketika ini.Ingat lagi tahun lepas apabila TV3 membuat percubaan berani menggandingkan Ally Iskandar bersama Rozita Che Wan. Dan, anda pasti masih ingat akan hasil gabungan mereka.Kalau anda menonton TV3 beberapa hari kebelakangan ini, pasti anda perasan akan teaser 30 saat untuk Anugerah Skrin 2012 yang menampilkan Neelofa bersama Awal Ashaari.Khabarnya, pasangan ini bakal di’gandingkan untuk menjadi pengacara sepanjang majlis Anugerah Skrin 2012 yang bakal berlangsung nanti. Aiman Hakim Ridza? Abaikan sekejap.Minggu hadapan akan ada sebuah majlis pengumuman untuk senarai akhir pencalonan Anugerah Skrin 2012 & berharap juga pengumuman siapa pengacara akan di’buat pada masa yang sama. Jadi, apa pendapat anda?
==,setakat jadi pengacara je.apasal?engkau jeles ke ;p
BalasPadam