Rabu, Oktober 31, 2012



Selepas bercerai, pelbagai cerita yang keluar tentang pelakon wanita ini. Selepas dikhabarkan menjalin hubungan sulit dengan seseorang, kini pelakon wanita yang baru menjinakkan diri dengan dunia nyanyian ini didakwa cuba memikat seorang pelakon lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pelakon wanita dan pelakon lelaki itu bertemu ketika terlibat dalam satu penggambaran drama bersiri. 

Sepanjang tempoh penggambaran itu, pelakon wanita itu sentiasa mencari peluang untuk menghabiskan masa dengan pelakon lelaki berkulit hitam manis itu.

Bukan itu sahaja, dia juga menghadiahkan sepasang jaket kepada pelakon lelaki itu. Mungkin kerana ingin ‘beli jiwa’ supaya pelakon lelaki itu melayannya dengan baik.

Persoalannya, bagaimana pula respon pelakon muda itu? Melayan atau cuba mengelakkan diri? Jelas sumber  GUA lagi, pelakon lelaki itu menjadi serba-salah kerana dia menghormati pelakon wanita yang lebih senior daripadanya. 

Dia bimbang jika cubaannya melarikan diri daripada pelakon wanita itu akan mengundang rasa kurang senang atau menyakitkan hati pelakon wanita itu. 

Jadi, pelakon lelaki itu terpaksa melayan kerenah pelakon wanita itu ketika di set.  Sebaik sahaja penggambaran berakhir, dia akan cepat-cepat tinggalkan lokasi kerana tidak mahu terserempak dengan pelakon wanita itu.

Mudah-mudahan cerita ini hanya gosip semata-mata. Bukan kejadian sebenar. Kesian pada anak-anak pelakon wanita itu. Bimbang nanti tidak mahu ke sekolah pula!

Ps: Lebih kurang macam Si Ketua Penipu tu pulak. Dia pun 'Ghairah' jugak mengejar  pucuk muda ni. Tinggal lagi, dia kejar semata - mata untuk memenuhi nafsu dia dia je. Bukannya nak membantu sangat pun!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping