PENULIS mempersoalkan keputusan Pakatan untuk mengkaji sistem ini (bukan menghapuskan), jika berjaya menguasai Putrajaya kelak.
Dilihat dari jumlah kesalahan trafik direkodkan AES yang tinggi setakat ini (melebihi 100,000 saman), penulis lihat ada potensi undi yang besar beralih atau kekal kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Kebetulan dari pemerhatian penulis, Pakatan agak ketinggalan dalam banyak isu sekarang ini, dengan audit 2011 yang baru dikeluarkan minggu lepas pun, tidak banyak memihak kepada kita.
UMNO dan jenteranya seakan sudah bersedia untuk menjawab semua persoalan, bahkan menyerang balas dengan ‘mendedahkan’ beberapa kelemahan yang dikesan dalam pentabiran negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
Semua sekali senang cakap, isu AES ini mengembalikan kelebihan semula kepada Pakatan Rakyat dari segi perbahasan isu.
Malangnya, momentum ini terbantut disebabkan tindakan meletakkan Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang baru ditubuhkan dalam mendepani isu-isu berkaitan AES ini.
Mahfuz, seperti mana yang kita tahu bukan seorang yang layak untuk mengendalikan hal-hal sepenting ini. Menyebut namanya saja pun, rakyat sudah terbayang banyak benda-benda kelakar yang tidak sepadan dengan kedudukkannya sebagai Ahli Parlimen dan Naib Presiden PAS.
Lagipun, ada maklumat yang sampai kepada penulis mengatakan Mahfuz lebih minat dan giat melobi untuk menjadi Menteri Besar Kedah jika Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan penguasaan di Kedah dalam pilihanraya umum akan datang.
Mahfuz juga sering dilihat bersama-sama dengan salah seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri yang khabarnya akan bertanding di salah satu kerusi Parlimen dalam negeri Kedah.
Apa tujuannya itu penulis kurang pasti tapi yang penting mencurigakan. Dengan semua masalah ini, bagaimana layak Mahfuz nak mengendalikan isu berkaitan AES ini dengan berkesan?
Lagipun banyak bukti sebelum ini menunjukkan Mahfuz tidak punya kredebiliti untuk bercakap hal-hal rumit seumpama ini, setakat nak buat lawak bagi orang ketawa, bolehlah.
Penulis bimbang, kalau ada isu berkaitan dengan hal-hal teknikal seperti resolusi kamera atau seumpamanya nanti, Mahfuz gagal menjawab dengan betul dan akhirnya hanya menjadi bahan ketawa rakyat.
Bukan bermaksud nak menghina, tapi ini semua ada kaitan dengan latar belakang pendidikannya yang tidak begitu tinggi sedangkan golongan rakyat yang akan diwakilinya dalam isu berkaitan AES ini (dengan menerajui KASE), adalah terdiri daripada pelbagai peringkat, termasuk golongan profesional dan terpelajar.
Maklum sajalah, orang yang bawa kereta mahal ini, mana pulak yang berpendidikan rendah, semuanya tinggi, kalau tidak macam mana boleh beli dan pandu kereta besar (melainkan yang kerja sebagai drebar).
Bahkan ada yang menyampaikan kepada penulis, pemilihan Mahfuz menerajui KASE adalah satu penghinaan kepada golongan ini!!
Ps: Kesimpulannya, Si Mahfuz ni memang tak layak pun nak jadi pemimpin sebab apa yang dia buat hanya jadi bahan lawak je untuk rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.