Khamis, Oktober 18, 2012


Siapa yang tidak kenal Neelofa ataupun Anzalna. Masing-masing ada kisah sensasi yang akhirnya akan berakhir dengan kontroversi.

Perseteruan yang terjadi diantara mereka pernah menjadi satu kisah hangat buat pengemar industri hiburan tidak lama dahulu.

Itu dahulu tetapi kini, kisah itu seperti mahu dibakul sampahkan buat kedua-duanya. Perseteruan yang tercetus dahulu kini sudah reda dan khabarnya ikatan persahabatan diantara mereka sudah mula terjalin.

Menurut Neelofa yang kami temui di Sidang Media Anugerah Skrin 2012 menjelaskan yang dirinya sudah melupakan apa yang terjadi diantara dirinya dan juga Anzalna

Ujar Neelofa “Bagi Lofa benda ni semuanya dan berlalu dan kami dah lupakan kisah yang terjadi sebelum ini. Bagi Lofa benda ni perkara kecil je. 

Jadi tak ada sebab kenapa kami tidak boleh berbaik semula. Setiap orang ada pernah buat silap, begitu juga kami. 

Jadi tak salah kalau Lofa dan Anzalna berbaik semula dan mulakan suatu hubungan sebagai seorang sahabat yang baru. Kalau ada apa-apa program yang melibatkan kami berdua Lofa ok je. kami profesional.”


Bagi Anzalna pula, dia juga seperti Neelofa apabila sudah tidak mahu mengungkit kembali apa yang pernah terjadi diantara mereka berdua.

Jelas Anzalna pula, “Lepas kes kami dulu saya dah buka buku baru dan bila berjumpa Neelofa semula seperti Saya dapat kawan baru dan saya pun sudah tidak mahu ingat lagi apa yang terjadi diantara kami berdua sebelum ini. 

Lagipun saya mahu menumpukan pada kerjaya sepenuhnya. Apa yang terjadi dulu akan dijadikan sebagai satu pengajaran. 

Bagi Anzalna cukuplah dengan gosip-gosip ni semua. Lagipun bukan ini yang Anzalna kejar. Sebenarnya lepas kes itu ada yang mahu gandingan kami berdua dalam sesi photoshoot.

 Anzalna tak tolak dan pergi untuk sesi tersebut tapi pada masa itu Neelofa tak dapat datang sebab dia sibuk dengan pengambaranya.

“Bagi Anzalna ok je bila-bila masa je boleh bekerjasama dengan dia. Lagipun Anzalna teringin untuk berkerjasama dengan dia. 

Anzalna sudah banyak berlakon bersama dengan rakan-rakan artis yang baru cuma belum pernah lagi bersama Neelofa. Jadi jika ada tawaran berlakon bersamanyasaya tak ada masalah. - SUMBER
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping