Ahad, Oktober 14, 2012


Pelik jugak dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni sebenarnya. Diorang ni bercakap memang dalam keadaan mabuk gamaknya.

Diorang boleh buat benda yang bertentangan diantara satu dengan tapi dalam masa yang sama buat - buat tak tahu mengenainya.

Sebagai contoh, diorang kata Tun Dr. Mahathir ni tak relaven dan hanya akan menimbulkan kecelaruan dikalangan pengundi.

Dalam erti kata lainnya, mereka menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir ni tak de sebarang pengaruh. Kalau ada pun ianya 'Rapuh'. 

Kalau baca kenyataan Mahfuz Bean ni, jelas dia sendiri memalukan PAS sebab parti tu tak mampu nak terima kritikan dari kalangan ahlinya sendiri.
SHAH ALAM -  Pas melihat Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengaruh untuk ‘menimbulkan kecelaruan’ pemikiran di kalangan pengundi tetap Umno, yang akhirnya akan memanfaatkan pakatan pembangkang.
Pada masa yang sama, Pas mendakwa pengaruh bekas Perdana Menteri itu semakin rapuh dalam menarik sokongan masyarakat umum khususnya pengundi ‘atas pagar’ susulan tuntutan landskap politik baru yang semakin dirasai menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Untuk menarik pengundi Pakatan Rakyat, orang yang tidak berpihak kepada mana-mana parti ini kepada Umno itu satu perkara yang sukar untuk dilakukan kerana orang sudah mempunyai pendirian untuk membuat perubahan pada pilihan raya akan datang,” kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.
Yang peliknya, kenapa diorang perlu ambik peduli dengan apa yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir selama hari ini? Kalau benar beliau tak de pengaruh, kenapa diorang perlu takut?

Tak ke itu menunjukkan yang diorang pun sebenarnya 'Terpengaruh' dengan apa yang diucapkan oleh Tun Dr. Mahathir selama hari ini?

Tinggal lagi diorang je yang tak nak mengaku bahawa Mantan Perdana Menteri tu memiliki karisma yang memang tak dapat ditandingi oleh pemimpin mereka sendiri.

Pemimpin yang diorang ada pun sekadar tahu buat lawak, suka tikam belakang rakan seperjuangan dan kantoi kena tangkap khalwat je. Lepas tu kuat menipu. Itu je la yang pemimpin diorang tau buat pun!!! Kalau ada yang berkarisma, semua dah kena cantas!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping