Ahad, Oktober 14, 2012




Begitulah dilema menghantui si manis Zarina Zainoordin, 28. Meskipun ada insan istimewa di hatinya kini, belum ada kepastian sama ada ikatan yang berbunga indah itu bakal tersimpul rapi dengan ikatan sah.

Melihatkan ramai teman sudah berumah tangga dan bahagia bersama zuriat masing-masing, tersirat pelbagai rasa di sanubari. 

Pun begitu, dia berpegang pada ketentuan qada’ dan qadar, barangkali belum sampai masanya mengecapi nikmat perkahwinan.




“Bohonglah kalau saya tak terasa apa-apa bila seorang demi seorang kawan melangkah ke jenjang pelamin. Jujur, saya sendiri tak sangka pada usia begini belum mendirikan rumah tangga.



“Lebih tertekan bila orang asyik tanya bila nak kahwin. Masalahnya bukan saya tak nak kahwin tapi belum ada jodoh. Sebelum ini pun bukan saya tak pernah bercinta tetapi terputus di tengah jalan.

“Mungkin sikap saya yang terlalu berdikari dan tegas menjadi penyebab mengapa hubungan tak bertahan lama. 

Lelaki yang mahu hidup dengan saya perlu kuat daya ketahanan mentalnya,” kata Zarina ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Mimpi Cinderella yang kini bersiaran menerusi slot Lestary di TV3 setiap Selasa, jam 9 malam.

Ditanya bagaimana perkembangan hubungan cintanya dengan seorang pendatang baru yang kian popular, tanpa berselindung si manis yang bakatnya dicungkil menerusi pentas Akademi Fantasia ini memaklumkan, dia bahagia di samping jejaka itu.

Bagaimanapun aktres dan penyanyi ini enggan mendedahkan siapakah gerangan jejaka yang bertakhta di hatinya kerana berpendapatan, lebih manis jika si uda yang buka mulut terlebih dulu.

Biarpun SELEBRITI sedia maklum dengan siapa dia berkongsi kasih kini, gadis bermata galak ini memohon agar nama itu tidak didedahkan demi menghormati kerjaya jejaka itu yang kian bersinar.

“Saya percaya ramai di kalangan teman dalam industri sudah tahu dengan siapa saya berkawan. Kalau untuk diuar-uarkan, biarlah ia dari mulut dia. 

Saya rasa itu lebih molek dan manis. Lagipun saya tak mahu kisah cinta kami lebih diperkatakan sedangkan apa yang lebih penting untuk difokuskan adalah kerjanya.

“Apa yang boleh saya kongsi di sini, kalau ikut hati saya malas nak bercinta lagi. Pada usia begini, kalau bertemu yang sesuai terus kahwin. Tapi saya kena ambil kira keadaan dia malah soal jodoh tidak boleh didesak.

“Dia masih muda dan kerjayanya sedang berkembang. Saya yakin dia ada masa depan yang cerah dalam bidang lakonan. Saya bertuah bertemunya. 

Biarpun lebih muda daripada saya, dia matang bahkan tidak keterlaluan jika saya katakan dia adalah lelaki yang terbaik saya jumpa setakat ini.

“Keluarganya pun menerima saya dan merestui hubungan kami, begitu juga dengan keluarga saya. Buat masa ini, biarlah dia tumpukan perhatian terhadap kerjayanya dulu dan saya percaya kalau sudah tertulis kami akan bersatu sebagai suami isteri, harinya akan tiba juga satu hari nanti,” katanya tenang.

Mengenai kelebihan bintang muda ini hingga mampu menambat hatinya, sambil tersenyum bahagia Zarina sedia berkongsi cerita. Katanya, dengan dewa arjuna itu dia bebas menjadi diri sendiri. Sikap terbuka itu membuatkan dia rasa cukup selesa berada di sampingnya.

“Orangnya tidak banyak cakap dan saya pula banyak mulut. Dia juga tidak cerewet dan tidak mengongkong pergerakan saya. Kami jarang dapat keluar bersama berikutan masing-masing sibuk dengan penggambaran.

“Kalau sekali jumpa, macam-macam cerita kami kongsi dan dia seorang pendengar yang setia. Saya suka sikapnya yang ‘cool’. Bila beri pandangan atau pendapat, terserlah kematangannya,” katanya yang anggun dengan solekan jurusolek profesional, Kasih Cicie. 

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping