SS tak faham dengan sikap pegawai perhubungan awam (PRO) yang masih tidak belajar atau buat-buat tak faham.
Sikap PRO yang melayan pihak media seperti acuh tak acuh membuatkan seorang rakan SS naik darah, baru-baru ini.
Terkejut juga kerana rakan SS itu seorang berpengalaman tetapi beliau juga dilayan hendak tak nak saja sewaktu membuat liputan seorang penyanyi antarabangsa yang datang ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Rakan SS itu berkata, publisiti yang mereka mahukan memang banyak dan besar tetapi takkan segelas air atau sebotol air mineral untuk legakan tekak yang kering pun tak ada?
Sikap ditunjukkan PRO konsert antarabangsa seperti itu nyata membuatkan wakil media jadi tawar hati memberi liputan terbaik.
Jauh sekali hendak bertanya khabar malah apabila jumpa muka terus jadi ketat. Jadi lumrah agaknya, apabila hendak promosi program, baru dia terhegeh-hegeh datang ofis mencari publisiti.
Lebih menyampah, PRO terbabit juga bersikap seperti nampak tidak nampak sewaktu bertembung dengan rakan SS itu di kafe berhampiran pusat persembahan itu. Dia kemudian bertukar arah laluan dan pergi ke tempat lain. Apa masalahnya?
Sewaktu konsert media diberi duduk jauh di belakang. Macam mana hendak bagi gambaran liputan yang terbaik kalau sudah rupa penyanyi pun nampak kecil di pentas?
SS teringat dulu ada PRO yang pernah membawa rakan SS ke liputan perlawanan bola sepak antarabangsa kelab Liga Perdana Inggeris. Dia sangat profesional dalam melayan pihak media.
Ps: Satu lagi kes orang yang lebih sudu dari kuah. Dasar manusia tak sedar diri ni memang susah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.