Ahad, Oktober 28, 2012



LABUAN: Sebuah premis yang menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen kepada orang ramai di Jalan Kenanga, di sini, diserbu polis, kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.30 pagi digerakkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan itu, polis merampas RM17,391 dan menahan dua wanita berusia 28 dan 31 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan.


Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, serbuan itu dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat awam. 

“Polis turut merampas 15 keping buku akaun milik peminjam, satu unit komputer, 26 keping kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik peminjam, beberapa borang perjanjian hutang dan sebuah buku pelan pembayaran balik. 


“Turut dirampas beberapa barang milik premis berkenaan termasuk papan iklan syarikat. Semua barang termasuk dua orang wanita dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di IPD Labuan, di sini, kelmarin.


Adzhar berkata, premis terbabit dipercayai baru sebulan memulakan operasi. “Siasatan mendapati, peminjam di premis itu membabitkan kakitangan kerajaan dan peniaga kecil.


“Kadar faedah dikenakan pula dipercayai boleh mencecah antara 10 hingga 18 peratus, namun siasatan masih di peringkat awal,” katanya.




Beliau berkata, polis masih mengesan pemilik premis berkenaan dan siasatan masih diteruskan.


“Pemilik premis terbabit akan dihadapkan ke mahkamah selepas polis mendapat pengesahan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbadanan Labuan (PL) bahawa premis terbabit tidak berlesen.



“Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, pemilik premis boleh didenda tidak kurang dari RM250,000 dan boleh dipenjara sehingga lima tahun,” katanya. 

Sehubungan itu, Adzhar menasihati orang ramai supaya tidak meminjam wang dari premis tidak berlesen.


Ps: Kalau lelaki, ceti haram ni orang panggil Ah Long. Agaknya, kalau ceti pompuan macam ni orang panggil Mak Long la kot!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Tahniah Supt Azhar dan anggota yang terlibat diatas kejayaan operasi ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping