Secara umumnya, seluruh rakyat Malaysia sedia maklum dengan kedudukan meruncing yang sedang melanda Negeri Selangor dibawah Rejim PKR yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim selaku Menteri Besarnya.
Pelbagai kajian telah dibuat dan hasil dari kajian itu membuktikan bahawa pembekalan air bersih kepada rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang akan mengalami masalah menjelang tahun 2016.
Maka, sebagai sebuah Kerajaan yang KONONnya bertanggungjawab kepada rakyat, Rejim PKR Selangor perlu menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin tanpa memberikan alasan – alasan yang tidak menasabah.
Namun, memandangkan Rejim PKR Selangor ni tak menghiraukan langsung dengan keperluan rakyat dan menjadikan rakyat sebagai keutamaan bagi mereka, pelbagai alasan dicipta untuk melengah – lengahkan tindakan ‘afirmatif’ dari diambil.
Terbaru, Khalid menyatakan bahawa pihak Rejimnya akan memanggil satu sidang Dewan Undangan Negeri Khas dalam waktu bagi membincangkan mengenai pelan kontigensi untuk menangani isu tersebut.
Antara lain, Khalid menjelaskan bahawa Rejim Negeri dibawah pimpinannya akan membentangkan semua surat menyurat berhubung langkah penyusunan semula industry air yang dijalankan setakat ini.
Malah, Khalid sendiri mengakui bahawa sidang Dewan tersebut dijangka akan bersidang dalam dua atau tiga minggu lagi memandangkan DYMM Tuanku masih belum memberikan kata putus berkenaan perkara tersebut.
Jelas, tindakan Khalid ini hanya wayang untuk mengaburi mata rakyat dalam menangani masalah air yang semakin hari semakin meruncing di Negeri Selangor dengan menlengah – lengahkan tindakan susulan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kenapa Khalid masih lagi mahu berunding dan berbincang mengenai perkara tersebut dan membahaskannya didalam sidang Dewan Undangan Negeri sedangkan rakyat memerlukan penyelesaian yang segera bagi mengatasi masalah mereka sekarang?
Timbul pula persoalan dikalangan rakyat mengenai tindakan Khalid mengadakan sidang Dewan Khas untuk membentangkan perkara tersebut: Apa pula yang akan dilakukannya selepas ini? Adakah dia akan terus menyelesaikan masalah tersebut?
Rata – rata memberikan respon bahawa Khalid tidak akan bertindak sepantas itu untuk menyelesaikan masalah mereka. Sebaliknya Khalid akan mengadakan sesi – sesi mesyuarat dan persidangan lain untuk terus melewat – lewatkan perlaksanaannya.
Tetapi, apa yang tidak disedari oleh Khalid secara tidak langsung adalah dia secara tidak sengajanya mengaku bahawa Selangor memang mengalami masalah dalam isu pembekalan air bersih kepada rakyat.
Jika tidak, kenapa pula dia beria – ia nak tarik isu tu dan jadikan ianya sebagai salah satu daripada 3 perkara yang akan dibincangkan dalam siding Dewan Khas yang bakal diadakan kelak?
Cuma dia tak nak buat keputusan, takut nanti rejim Khalid yang malu. Memang Langat2 satu keperluan, kajian dah buat, kalau diberi permisi untuk Langat2 seperti mengaku kalah!!! Mana nak letak muka…
Nah!!! Itu membuktikan bahawa isu mengenai bekalan air bersih ini memang ada masalah dan menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Rejim Khalid sebelum ini. Cuma diorang saja yang masih tak sedarkan diri dan suka sangat menyusahkan orang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.