Khamis, November 08, 2012


Fuh!!! Ganas beb. Kejam sungguh kalau kita membaca cerita dari Mat Rempit ni. Dah macam tak berperi kemanusiaan pulak dah gayanya.

Tapi, kita tak boleh nak salahkan Mat Rempit ni macam tu sahaja. Dia bertindak macam tu pun ada sebab - sebab yang tertentu. Bukannya dia buat sebarangan.

Lagi pun yang buat salah bukannya Si Mat Rempit tu. Orang yang cari pasal tu jugak yang sengaja gali lubang kubur dia sendiri. Bila dah kantoi, baru la dia nak meroyan tak tentu arah!!! Lain kali, fikir dulu sebelum bercakap. Dah kena langgar macam ni, Baru Padan Muka!!!
Kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar Ibrahim bahawa hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-Muslim tetapi juga kepada orang Melayu yang beragama Islam memcetuskan kembali satu isu fundamental, iaitu adakah orang Melayu beragama Islam boleh murtad?

Teman berpendapat samada Izzah bercakap dalam keadaan jahil, ataupun sengaja cuba mencetuskan isu yang boleh membangkitkan kemarahan umat Islam bangsa Melayu khususnya. Dan teman berharap Izzah tidak membuat kenyataan itu sekadar untuk meraih undi non-Muslim, terutamanya daripada kalangan penganut Kristian!

Persoalannya mengapa Izzah memilih membuat kenyataan tersebut?

Teman juga mendesak Izzah mengesahkan samada benar lapuran yang menyatakan ucapan dan dialog tersebut dianjurkan oleh sebuah badan pemikir kristian iaitu Oriental Hearts & Mind Study Institute dan diadakan di premis Gereja Full Gospel Tabenacle, Subang Jaya, Selangor?

Apa yang jelas, majlis itu diberi lapuran terperinci oleh sebuah laman web kristian iaitu www.1christians.blogspot.com! Laman portal pro-Anwar iaitu www.malaysiakini.com juga telah menyiarkan lapuran mengenai majlis tersebut!

Kalau ini benar, teman berasa sangat kesal kesempatan untuk menyampaikan risalah Islam yang sebenar tidak digunakan sebaik mungkin. Dan teman mendesak pihak Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat kesahihan lapuran tersebut dan mengambil tindakan yang perlu menurut lunas undang-undang sedia ada.

Berbalik kepada isu memberi kebebasan kepada orang Melayu untuk memilih agama, Izzah sepatutnya mengetahui impak dan kesan kepada pandangan beliau itu iaitu:

1. Pertama yang perlu kita faham ialah kewujudan bangsa Melayu dengan status Melayu adalah kerana agama Islam. Hubungan Melayu dan Islam sangat sinonim, sehinggakan peruntukkan Perlembagaan dibuat di Artikel 160 bahawa salah satu ciri Melayu, selain mengamal adat resam Melayu dan berbahasa Melayu, ialah dia mesti beragama Islam!

Seseorang tidak boleh mengaku dia Melayu melainkan dia seorang Islam. Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan!

Menyatakan orang Melayu boleh menukar agama selain Islam adalah sama kesannya dengan menghapuskan bangsa Melayu itu sendiri!

Dan jika pandangan Izzah itu mahu diterjemahkan, maka Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan wajib dipinda dengan menghapuskan ciri "Melayu itu wajib Islam". Adakah PAS bersetuju dengan pandangan ini? Dan adakah itu yang diingini oleh umat Islam bangsa Melayu dalam negara ini? Tepuk dada tanyalah iman yop! - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping