Hari tu ada satu kempen yang dinamakan sebagai Kempen 'Cari Telur Rafizi Jambu' sempenan keGAGALan Si Rafizi Jambu tu sahut cabaran Nazri Aziz.
Kali ni, ada lagi satu kempen yang bakal diadakan. Kempen tu untuk melihat sejauh mana kejantanan Si Ketua Penipu ni. Kalau dia ada 'Telur', tak payah la kita nak kutip dah. Tapi kalau dia setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dicabar bertanding menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasan Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-13.“Saya cabar Anwar menentang Najib di Pekan, kita nak tengok setakat mana kemampuan dan keberanian beliau membohongi rakyat Pahang dengan pelbagai isu fitnah,” kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.Ketua umum pakatan pembangkang itu diuar-uar menjadi perdana menteri sekiranya pembangkang menang, semalam mencabar Najib menentang penyandang kerusi Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas.Syed Ali berkata sepatutnya Anwar sendiri yang mencabar Najib jika beliau benar-benar ‘anak jantan' dan bukannya mencadangkan pemimpin pembangkang lain.“Jika Anwar anak jantan dan bukannya pengecut, saya cabar beliau bertanding sama ada di kerusi Parlimen Pekan atau pun di Marang (Terengganu),” katanya seperti dipetik laman web Umno Cheras.Bagaimanapun, Syed Ali berkata beliau percaya Anwar tidak berani bertanding di Pekan mahupun di Marang kerana beliau tahu pasti ditolak pengundi di kawasan berkenaan."Saya yakin pengundi di Pekan dan Marang, sebahagian besarnya pengundi Melayu, belum bersedia menerima pemimpin politik seperti Anwar yang menyokong gerakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT),” ujarnya.Syed Ali mendakwa cabaran Anwar supaya Najib, yang menyandang kerusi Pekan, bertanding di Marang adalah perancangan sulitnya untuk ‘menghapuskan kerjaya politik Hadi.Beliau berkata Hadi merupakan penghalang besar kepada niat Anwar hendak menjadi perdana menteri. Bekas perdana menteri itu dipecat dari jawatannya dan Umno pada Sept 1998 dan pernah dipenjarakan atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.Katanya, cita-cita politik Anwar disokong kuat sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP yang mencurigai keikhlasan PAS.Syed Ali juga berkata beliau percaya Hadi tidak akan meninggalkan Marang yang paling selamat baginya walaupun sebelum ini membuat kenyataan bersedia bertanding di Pekan sekiranya itu adalah keputusan parti.- Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.