Rabu, November 07, 2012


KEGHAIRAHAN mengejar cita-cita dalam dunia peragaan, membawanya ke suatu dunia penuh nista yang tidak pernah terbayang atau diimpikannya mahupun mana-mana wanita di dunia ini.

Gadai jual tubuh! Itulah pengalaman pahit terpaksa dilalui si cantik, Nur Fathia Abd Latiff, 25, dalam menghayati karakter menerusi filem terbarunya, Darah Panas arahan Arjinder Singh yang baru saja tamat penggambaran.

Biar imaginasi yang dibayangkan tidak berlaku dalam kehidupan sebenar, Fathia mengakui ‘ketar’ tubuhnya saat membayangkan diri terjerat dalam sarang pelacuran!

“Meskipun penggambaran tidak dilakukan di rumah pelacuran, sekadar membayangkan saja sudah cukup menakutkan saya. 

"Bagaimana hendak membayangkan diri sendiri menjadi pelacur dan saya percaya tiada wanita sanggup meletakkan diri mereka serendah itu.

“Saya juga percaya, mereka yang terjebak dalam kehidupan seperti itu didorong keadaan yang mendesak selain terjebak sebagai mangsa sindiket.

“Namun, keberanian saya untuk menerima watak ini kerana saya melihatnya sebagai satu peluang untuk keluar daripada ‘kepompong’ mainan watak saya yang ‘klise’ sekali gus menyerlahkan sisi lain yang boleh dikembangkan dalam penghayatan saya,” katanya.

Bicaranya diteruskan, perjalanan awal filem itu masih menuntut dirinya sebagai Syahana memakai tudung seperti kebanyakan drama yang pernah dibintangi, namun di pertengahan berlaku perubahan pada karakternya yang menjadi mangsa penipuan Fandi (Soffi Jikan) yang menjualnya ke rumah pelacuran sebaik tiba di Kuala Lumpur.

“Ada babak membayangkan seolah saya tanpa seurat benang, tetapi jangan salah faham itu ‘camera trick’ saja sedangkan saya masih berpakaian rona ‘nude’. 

Menjayakan watak ini menuntut saya melalui pelbagai perubahan graf emosi yang sememangnya sudah lama saya bersedia melakukannya.

“Saya keluar dari zon selesa seorang Fathia apatah lagi semangat saya itu disuntik oleh Soffi yang memang banyak memberikan tunjuk ajar khususnya membantu saya menzahirkan perasaan paling ikhlas dan lebih berimaginasi tatkala menghayati Syahana. 

“Tidak keterlaluan saya katakan, Soffi setakat ini adalah aktor paling hebat pernah saya berganding sama. Saya tidak sabar untuk melihat hasil filem ini dan berharap ia lebih baik daripada apa yang dibayangkan kami (pelakon),” katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping