Selasa, November 06, 2012



KUALA LUMPUR: Kekeramatan pemimpin PAS yang terus dipercayai oleh ahli-ahli parti itu bakal mengundang padah pada masa depan, kata bekas Naib Presidennya Datuk Nakhaei Ahmad.
 
Katanya, ini kerana pemimpin seumpama itu sukar diganti sekali gus akan membahayakan parti itu sendiri.
 
"Keagamaan mesti ikhlas, mesti jujur, mesti takut kepada Allah S.W.T... tapi kalau sudah tidak ada ketakutan itu, hanya ikut perasaan, kehendak, naluri ingin berkuasa tanpa kawalan, maka jadilah seperti orang-orang yang seperti itu. 
 
"Sebab itu apa yang ditakuti Rasulullah ialah orang alim tapi zalim," kata Nakhaei kepada Antarapossemasa menjadi tetamu program "Menongkah Arus". 
 
Menurutnya lagi, "keramat" ini adalah kepercayaan karut yang dimainkan sebagai dakyah-dakyah politik agar penyokong parti berkenaan menyanjung dan bersifat setia.
 
"Keramat ini hanyalah 'superstitious'... tak semestinya dia keramat, tapi kerana dakyah-dakyah politik menganggap orang itu keramat kerana masyarakat kita masih lagi percaya kepada 'magic' seumpama itu. Sangat sesuai terutama di Kelantan," katanya.
 
Namun menurut Nakhaie yang juga Pengerusi Pertubuhan Kemajuan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Wilayah Persekutuan, kepercayaan karut itu tidak mendapat sambutan di bandar-bandar dan tempat yang mempunyai golongan terpelajar.
 
"Mungkin di pantai barat kurang kerana banyak golongan terpelajar yang budaya seperti itu sudah kurang... tapi di pantai timur mungkin masih kuat.
 
"Jadi keadaan itu membolehkan PAS mewujudkan 'cult' yang dipuja kemudiannya orang semuanya takut, anggap dia keramat jadi nak pangkah yang lain daripada PAS rasa takut, berdosa dan sebagainya," katanya. 
 
Beliau yang juga bekas Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) meminta rakyat untuk berfikiran rasional dan mengelakkan kekeramatan yang disanjung selama ini bagi mengelakkan paksaan pemikiran di kalangan masyarakat.
 
"Tapi strategi ini pun akhirnya akan makan tuan kerana sukarnya untuk gantikan 'cult', tok keramat ini selain daripada Nik Aziz, orang lain nak ganti tu memang sukar. Jadi ini bahaya kepada PAS sendiri. 
 
"Dalam jangka pendek mungkin boleh tapi sebenarnya kalau kita nak tadbir sebuah negara berdasarkan Islam, sebenarnya kita harus bersikap rasional dan dalam masa yang sama kita berpandu kepada sumber-sumber Al Quran dan As Sunnah.
 
"Mesti rasional bukan menimbulkan satu keadaan kekeramatan itu. Ini dikatakan paksaan pemikiran," kata Nakhaei.
 
Mengambil contoh kes hudud katanya, golongan yang menggunakan agama untuk politik ini terdiri daripada mereka yang berpengetahuan dalam bidang tersebut.
 
Malangnya, kelebihan itu digunakan untuk memanipulasi masyarakat yang kurang berpengetahuan tentang agama.
 
"Penggunaan agama untuk politik bukan perkara baru. Pengaruh agama itu kuat, jadi di kalangan orang yang berilmu mungkin mereka tak boleh gunakan, tapi di kalangan orang (kurang berilmu) mereka boleh gunakan. 
 
"Yang nak gunakannya pun orang yang tahu... orang yang tak tahu tak boleh gunakan," katanya. 
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping