Heran jugak. Kalau baca laporan yang disiarkan dibawah ni, diorang nak mencabar Si Nik Aziz tu berdebat pasal isu memurtadkan UMNO dan kehancuran BN.
Tapi, apa pulak kaitannya dengan Si Nurul Izzah tu? Kenapa dalam banner tu diorang letak gambar dia pulak? Nak ajak Si Nurul Izzah tu berdebat sekali ke?
Kalau nak ajak Si Nurul Izzah tu berdebat, baik lupakan aje la hasrat tu. Sebab semua orang pun dah tau yang Si Nurul Izzah tu lebih kurang sama je dengan Papa dia.
Si Nurul Izzah tu pun kuat jugak menipu. Jadi, kalau dia berdebat sekali pun, memang dah sah dia akan menggunakan seluruh kemahiran yang telah diperturunkan oleh Papa dia.
Lagi pun, kita semua dah tau dimana pendirian Si Nurul Izzah ni berkaitan dengan isu murtad dan Kebebasan Beragama ni. Jadi, tak payah nak susah - susah berdebat. Dia sendiri pun dah bagi jawapannya!!!
Para pemimpin agama tempatan terdiri daripada guru pondok, golongan tahfiz, tabligh dan ustaz di negeri ini hari ini bangkit menyatakan bantahan terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berikutan kenyataan beliau yang memurtadkan sesama Islam serta doa Pas yang memohon kehancuran UMNO.Mereka yang bernaung di bawah pertubuhan bukan kerajaan, Minda Pondok turut membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana mendakwa kenyataannya bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah merosakkan akidah ummah.Ahli Jawatankuasa pertubuhan itu, Mohamad Zainal Abidin Awang yang juga Ketua Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor berkata, beliau mencabar Nik Abdul Aziz untuk tampil bersama saf kepimpinannya berdebat dengan Minda Politik mengenai Islam."Ini satu perkara yang tidak boleh dibiarkan dan kami di Minda Pondok dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan supaya rakyat tidak tertipu dan supaya perkara songsang ini dapat disucikan dengan izin Allah SWT."Kami amat berdukacita di atas apa yang berlaku sewaktu perhimpunan Pas di stadium di mana Pas telah mendoakan supaya Barisan Nasional (BN) hancur," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian di sini hari ini.Selain itu, Minda Pondok yang memiliki kira-kira 300 ahli turut membuat dua lagi laporan polis iaitu terhadap adik Nik Abdul Aziz iaitu Nik Razi Nik Mat dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar atas tindakan mereka yang menghina Islam.Nurul Izzah dalam kenyataannya baru-baru ini seperti dilaporkan media menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia termasuk orang Melayu perlu diberi hak dan kebebasan beragama.Sementara itu Jumaat lalu, Nik Razi dalam satu perhimpunan Pas di Stadium Sultan Muhammad IV di sini ketika memimpin doa memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala serta menyamakan parti itu dengan Firaun.Nik Abdul Aziz dalam satu sidang akhbar ketika Muktamar Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) mendakwa UMNO sebagai murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam.Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, doa tersebut tidak salah memandangkan UMNO adalah sebuah parti murtad yang memperlekehkan Islam dan menyamakan situasi itu dengan kisah Nabi Noh.Sementara itu, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff, 34, yang juga guru agama di Kubang Kerian meminta Pas dan Nik Abdul Aziz menarik balik kenyataan itu serta meminta maaf kepada tiga juta ahli UMNO."Minta maaf secara terbuka sebab mereka sepatutnya tahu mana-mana umat di dunia ini yang mengucap dua kalimah syahadah adalah orang Islam, jangan memurtadkan sesama Islam," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.