Jumaat, November 23, 2012


PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam yang didapati membocorkan rahsia-rahsia kerajaan.

Beliau berkata, kegiatan seperti memalsukan dokumen, membocorkan maklumat serta menyebarkan maklumat sulit dan sensitif kepada pihak lain akan mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Perbuatan membocorkan rahsia kerajaan tidak boleh dikompromi sama sekali.

Justeru itu, saya ingin mengingatkan semua Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan supaya lebih tegas dalam memberikan teguran atau amaran dan mengambil tindakan tegas ke atas sebarang pelanggaran keselamatan termasuklah ketidakpatuhan, kecuaian, kelalaian penjawat awam sehingga menyebabkan berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan di agensi masing-masing," katanya.

Tindakan boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 atau Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), katanya pada Konvensyen Keselamatan Perlindungan peringkat kebangsaan bertemakan "Mentransformasikan  Keselamatan Perlindungan Seiring Transfromasi Perkhidmatan Awam" di Kementerian Kewangan di sini hari ini.  

Untuk mentransformasikan keselamatan perlindungan, Ali berkata Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan diharap dapat menyediakan Dasar Keselamatan Perlindungan yang baharu bagi menggantikan atau mengemaskinikan dasar, peraturan, arahan, garis panduan dan prosedur yang sedia ada.
   
Ali berkata, isu keselamatan perlindungan teknologi maklumat juga berkait rapat dengan sistem keselamatan perlindungan fizikal, dokumen, informasi, peribadi dan persekitaran.

"Ia memerlukan kita agar lebih teliti dan berwaspada semasa menguruskannya.

Tanpa kawalan yang sempurna, informasi atau data yang dikendalikan boleh dipinda dan menjadikannya kurang tepat.

"Semua ini akan mendatangkan implikasi buruk dan mengundang malapetaka terhadap keselamatan, pertahanan, ekonomi, perjalanan fungso-fungsi kerajaan dan imej negara," katanya.


Ps: Hah!!! Nampak gayanya, tak peluang la untuk Si Rafizi Jambu ni nak menyibuk - nyibuk dalam urusan Kerajaan.

Kalau dulu, boleh la dia dengan senang lenang menyuap orang untuk mendapatkan maklumat tertentu bagi menabur fitnah yang bukan - bukan.

Belum pun jadi Kerajaan, dah ajar anak - anak buah dia supaya bersikap tak bertanggungjawab. Kalau dah dapat memerintah nanti, alamat jahanam la jawabnya!!! Jadi, baik jangan bagi lansung!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Andai betul perlaksanaan yg akan di'baiki' ..saya jadi lega..tetapi apakah golongan pembangkang ini tiada idea nak cari maklumat?mereka sentiasa mencari jalan dan peluang..lebih2 lagi jika dah ditanam dengan 'pemberian hadiah' atau apa juga bentuk hibah ....semua penjawat awam mungkin kawan baik atau sedara mara atau mereka yg telah menerima 'jasa' dari mereka...taktik mereka sentiasa berubah...maka kerajaan perlu lebih bertegas dan berhati2.wALLAHU a'lam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping