Ahad, November 18, 2012


Kalau bercerita pasal Si Ketua Penipu ni, kita tak heran beb. Dia memang jenis manusia macam bunga Kiambang. Banyak sangat berkaitnya.

Maklum la. Orang macam Si Ketua Penipu tu memang tak boleh percaya lansung. Bila - bila masa je dia boleh main tikam. Yang lebih dia suka ialah 'Tikam Belakang'. Sebab bagi dia 'Depan Belakang' ni sama je!!!
Tuduhan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Umno mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) supaya mensensasikan kenyataan anaknya, Nurul Izzah berhubung isu kebebasan beragama, agak memeranjatkan.

Ini kerana tuduhan Anwar itu sekaligus “membuka pekung di dada” bahawa kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan PKR sebenarnya belum dapat memerintah negeri itu dengan berkesan dan menyeluruh.

Betapa tidaknya, tuduhan Anwar itu membayangkan bahawa sekurang-kurang ada sebuah jabatan penting dalam kerajaan negeri iaitu Jais masih berkiblatkan Umno walaupun ia tidak lagi memerintah Selangor Darul Ehsan. 

Tuduhan Anwar itu boleh dibaca sebagai satu pengakuan bahawa Umno masih berpengaruh dan mampu mencampuri ehwal pentadbiran dan halatuju kerajaan negeri. 

Jika itu bukan kesimpulan yang dapat dibuat daripada tuduhan Anwar itu, tentu ia akan terpalit pula kepada mutu kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Seolah-olah Anwar Ibrahim mahu membayangkan bahawa Khalid Ibrahim sebagai Exco Agama Selangor masih gagal meyakinkan kakitangan Jais supaya jangan terima arahan daripada Umno lagi. 

Ini agak membingungkan kerana baru beberapa minggu lalu, Anwar Ibrahim mengisytiharkan Abdul Khalid sebagai menteri besar terbaik di Malaysia kerana mempunyai integriti yang tinggi (walaupun beliau mengakui bekas ahli korporat itu kedekut sedikit).

Yang membingungkan ialah kenapa Anwar membuat kenyataan yang boleh dianggap “hara-kiri politik” dalam isu Jais menangani isu kenyataan “la ikraha fiddin” (tiada paksaan dalam agama) Nurul Izzah ini?

Pertama sekali, mungkin kerana Nurul Izzah adalah anaknya. Nurul juga ialah seorang Naib Presiden PKR yang dipimpinnya. Jika kewibawaan Nurul Izzah boleh terjejas oleh isu ini, sudah tentu payah bagi ahli parlimen Lembah Pantai itu untuk terus memanjat tangga politik parti dan Negara.

Kedua, mungkin Anwar sedar isu ini besar dan sensitif yang boleh memalingkan rakyat, khususnya orang Melayu, daripada mempunyai tanggapan yang bersih dan tinggi terhadap Nurul Izzah dan PKR pada masa hadapan. 
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping