Isnin, November 19, 2012


Maka timbul la satu persoalan dikalangan rakyat. Kenapa puak - puak Pakatan Pembangkang tu beria - ia mempertahankan isu doa murtad tu?

Jawapannya mudah. Sebab diorang dah terlajak kata, jadi dah tak boleh undur. Jelas, diorang sebenarnya dah tersalah langkah. Tu pasal la diorang kena pertahankan.

Hakikatnya, perbuatan tersebut (doa memusnahkan UMNO) tu sebenarnya mendapat tentangan secara nyata dari kalangan ahli - ahli yang turut serta.

Mereka terasa seperti telah ditipu untuk mendirikan solat hajat yang diyakini sebelumnya bertujuan untuk umat Islam di Palestine.

Tapi, rupanya PAS ada agenda lain yang memang tak dipersetujui lansung oleh mereka yang hadir. Maka sebab itulah mereka terpaksa mempertahankan perkara tersebut. Klik sini.

Yang kedua, PAS sebenarnya dah terikat dengan PKR dan agenda fahaman Islam Liberal yang dibawa oleh Si Ketua Penipu tu serta anaknya, Si Nurul Izzah.

Kita dapat lihat dengan jelas dimana pemimpin - pemimpin PAS, hatta Si Nik Aziz sendiri terpaku diam untuk memberikan penjelasan mengenainya.

Dia yang tak pernah tengok pun video tersebut melulu mempertahankan Si Nurul Izzah yang jelas menyatakan orang Melayu Islam wajib diberi hak untuk memilih agama mereka.

Disebabkan itulah PAS terutamanya Si Nik Aziz tu terpaksa juga mencari jalan keluar untuk menghalalkan perbuatan Si Nurul izzah tu walaupun ianya bertentangan dengan Islam.

Maka timbul la fatwa songsang yang mengatakan bahawa orang Melayu Islam yang menyertai UMNO tu semuanya murtad belaka.

Tambah malang lagi ialah apabila tuduhan tersebut tidak hanya ditujukan kepada UMNO sahaja. Sebaliknya ia turut melibatkan mereka yang menyokong Kerajaan.

Tak kira la sama ada mereka tu Ulama atau sebaliknya, semuanya Murtad belaka kata PAS. Sebab apa murtad? Sebab tak menjadikan Islam sebagai alat dalam Politik.

Inilah sikap sebenar puak - puak PAS ni. Diorang tak dapat nak mempertahankan tindakan Si Nurul Izzah tu dalam isu Murtad, diorang tuduh orang lain pulak.

Sampai hari ini, PAS masih lagi tidak jelas dalam pendirian mereka terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah tu. Sebab itu ada yang kecam dan ada yang sokong.

Jadi lepas ni jangan heran la kalau diorang akan menghalalkan zina, maksiat dan pelacuran sebab memang jelas itu yang dipromosikan oleh PKR.

Bukan ke Si Nurul Izzah tu jugak kata yang Hak Kebebasan dalam orientasi seksual ni adalah hak individu? Nik Aziz nak kata apa pulak lepas ni? 

Nak mengaku kata ianya dihalalkan dalam Islam? Nak kata UMNO buta dalam Islam sebab melarang perkara tersebut dari dilakukan di Malaysia ni?

Memang nampak sangat yang PAS ni sebenarnya lemah dalam menangani isu soal Murtad Si Nurul Izzah tu. Diorang memang dah tak dapat nak jawab. 

Sebab tu la diorang buat benda yang tak masuk akal dan bukan - bukan macam ni. Sebenarnya, diorang bukannya nak memperjuangkan Islam. Tapi setakat nak menghalalkan cara je buat apa!!! Mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Bayangkan selepas ni apabila PR mengambil alih tampuk pemerintahan negara, PAS melaksanakan Hudud atas orang Islam.. Akan wujud senario apabila seorang Islam ditangkap melakukan jenayah, dia secara automatik berhak menukar agamnya atau jadi murtad bagi mengelakkan undang2 hudud dilaksanakan atas beliau! Agak agaknya huru hara tak Malaysia ni?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping