Rabu, November 21, 2012


Ibaratnya macam tu la jugak. Bila dah kena bogel depan orang ramai, dia ambil la apa sahaja untuk menutup mana yang dia mampu.

Hakikatnya, cubaan dia tu hanya satu tindakan yang sia - sia belaka. Tak mendatangkan faedah sebab semua orang dah nampak dimana cacat celanya.

Dalam isu memiliki kenderaan banyak ni, yang menjadi persoalan ialah mengenai kenyataan dia sebelum ini, bukannya ada orang nak SPRM suruh siasat.

Tapi, kalau SPRM rajin, terpulang la. Yang menjadi tumpuan ialah kenyataan yang dia keluarkan sebelum ini dimana dia sering mendabik dada kata dia tu bagus sangat.

Bukan ke dulu dia jugak yang pernah kata bahawa pemimpin - pemimpin Pakatan Haramjadah tu semuanya zuhud dan tak gila dengan benda - benda macam ni?

Kononnya, dia nak mendakwa yang diri dia tu hidup dalam keadaan biasa seperti sebelum menjadi wakil rakyat. Tak de la nak bermewah - mewah tak tentu arah.

Ironiknya, bila dibuat pendedahan seperti ini, dia kelihatan seolah - olah terpaksa menjilat balik ludah yang telah dibuat sebelum ini. Tidakkah itu satu tindakan yang memalukan?

Kata dia, dia beli Hilux sebab nak turun ke kawasan. Kenapa pulak dia nak kena beli Hilux tu sedangkan dia dah ada kereta lain? Tak ke itu menipu namanya?

Jelas, tindakan Si Mak Lampir ni sama seperti yang telah dinyatakan tadi. Orang dah terbogel, jadi dia guna la apa yang ada untuk tutup mana yang perlu. Kalau dah kantoi tu, kantoi la jugak!!! Tak payah la nak bagi alasan yang bukan - bukan!!!
Agenda Daily - Sebelum ini, Zuraida didakwa memiliki empat buah kenderaan atas nama beliau antaranya SUV Volvo, Toyota Hilux dua buah dan terbaru sebuah Mercedes.

Bagaimanapun Zuraida dipetik dari sebuah portal pembangkang berkata tidak ada apa-apa unsur mencurigakan dalam pemilikan berkenaan serta mengalu-alukan jika mana-mana pihak mahu melakukan siasatan terhadap dirinya.

“Saya tidak ada masalah jika mana-mana pihak mahu lakukan siasatan. Kereta Volvo yang dipersoalkan itu saya beli dengan menggunakan pengecualian duti eksais diperolehi ahli parlimen.

“Toyota Hilux itu pula, saya ‘trade in’ dengan kereta Naza sebelum ini bagi memudahkan untuk turun ke kawasan, sebiji lagi Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran WTY 1547 dibeli oleh seorang anggota parti menggunakan nama saya kerana nama beliau sudah disenarai hitamkan,” kata Zuraida.

Ketua Wanita PKR itu juga menambah beliau sudah memiliki lebih daripada sebuah kenderaan sebelum menjadi wakil rakyat.

“Mereka mungkin tidak tahu, sebelum menjadi wakil rakyat lagi, Kak Zu (Zuraida) sudah miliki lebih daripada satu kenderaan.

“Tentang isu tidak membayar saman, negara kita kan ada undang-undang? Nanti bila nak hidupkan cukai jalan, saya perlu bayar semua saman sebelum dibenarkan berbuat demikian,” katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping