Rabu, November 21, 2012


Pedih!!! Memang pedih telinga bila kena sindir macam ni. Nak pulak yang menyindir tu datang dari kalangan orang yang tak pernah disangka - sangka.

Tapi, inilah masalahnya dengan puak - puak Pakatan yang tak sedar diri ni. Diorang tak faham apa itu 'Sarcasticsme' atau sindiran secara tersembunyi.

Bila orang lain buat, diorang mula la buat dakwaan yang bukan - bukan sedangkan pemahaman diorang sendiri pun masih lagi cetek. Kepala jumud memang begitu la.

Kot kalau diorang kata UMNO Murtad boleh pulak? Tapi bila kena sindir macam ni, kenapa pulak diorang nak melatah tak tentu arah?

Maka persoalan yang dibangkitkan ialah jika UMNO Murtad, adakah semua ahli - ahli dan orang yang menyokongnya jugak murtad sama? Takkan itu pun diorang tak faham?

Tambah memalukan ialah apabila mereka anggap orang yang keluarkan kenyataan UMNO Murtad tu pun dengan sewenang - wenangnya diangkat sebagai Ulama.

Adakah itu ciri - ciri seorang Ulama yang sering mendabik dada menyatakan dia pejuang Islam sesuka hati je nak melabelkan orang lain murtad tanpa sebarang sebab yang nyata?

Kan nampak sangat yang diorang tu sebenarnya cuma sekadar nak menghalalkan cara je. Bukannya diorang nak mempertahankan Islam sangat!!! Setakat cakap je lebih, buat mengabihkan masa. Tapi buatnya tidak jugak!!!
Shah Alam -"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."
Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno.

Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

"Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

"Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu," katanya kepada Sinar Harian di pekarangan Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

"Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan," katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping