Hah!!! Terkejut jugak bila dengar cerita ni. Sejak bila pulak Mak Lampir tu pakai kereta? Bukan ke dia selalunya terbang - terbang ikut atas bumbung je?
Tapi tu tahan lagi. Yang paling pelik ialah macam mana dia beli kereta sedangkan sebelum ni dia kata semua duit dia sebagai Wakil Rakyat dah diberikan kepada rakyat.
Jadi, mana pulak dia dapat duit nak beli kereta tu? Kalau sebelum dia jadi wakil rakyat, dia pakai kereta biasa. Bila dah jadi jadi YB ni, lain pulak keretanya. Ni salah satu kereta dia:
No kenderaan : WRL 575, Model : VOLVO XC90 2.5 T, Tarikh daftar : 01.07.2008
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin, Harga kenderaan : RM 355,000.00
Tu baru satu brader. Sebenarnya, Si Mak Lampir tu ada banyak kereta. Dia ada 2 bijik Hilux, walaupun kita tak tau la kebun mana dia nak masuk guna Hilux tu.
Lepas tu Si Mak Lampir tu jugak ada sebuah kereta Mercedes Benz E240 berwarna hitam Metalik yang baru dibeli dalam bulan Mei tahun ni.
Tapi, semua kereta tu membuatkan kita tertanya. Kalau pemimpin Pakatan macam Mak Lampir tu mampu pakai sampai 4 bijik kereta, nak turun harga kereta menda jadahnya.
Kalau orang yang tak de duit macam Si Mak Lampir tu (sebab dia kata duit dia dah habis bagi kat semua orang) pun mampu pakai sampai 4, orang lain apatah lagi.
Dan, pendedahan yang paling menarik dan menjadi perhatian ialah bantahan berterusan puak - puak Pakatan Pembangkang tu terhadap AES.
Rupa - rupanya, yang banyak dapat saman AES ni adalah dari kalangan diorang sendiri. Diorang pun tak mampu nak menghormati undang - undang sebenarnya.
Mungkin sebab itu la dia ajar seluruh rakyat Malaysia ni agar dapat mengikut jejak langkah dia. Maka dihasutnya rakyat suruh jangan bayar saman AES. Dia sendiri pun tak de duit nak bayar saman sebab habis bayar ansuran kereta bulan - bulan!!!
Ps: mesti korang tak percaya dengan cerita ni kan? Kalau korang tak percaya, Nah!!! Baca kat sini. Kot Mak Lampir tu berani, sila nafikan dakwaan yang dibuat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.