Ni apa pulak timbul cerita pasal bulu ni? Bukan dulu pun dah ada cerita pasal bulu ni ke? Ke cerita ni pun ada kaitan jugak dengan bulu yang dulu tu?
Kalau sebelum ni, isu 'Bulu' ni timbul dalam kes liwat yang melibatkan Si Ketua Penipu tu. Kali ni, lain pulak ceritanya. Meh kita baca sikit...
Bekas ahli DAP, Tee Boon Hock yang dipecat mendakwa beliau tidak bersalah seperti Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin dalam mengeluarkan surat sokongan.
Tee berkata, berlaku polisi pilih bulu dalam kerajaan negeri Selangor membabitkan kes beliau dipecat kerana mengeluarkan surat sokongan kepada beberapa pihak kontraktor manakala Faekah tidak dikenakan tindakan tanpa sebarang siasatan.
"Kes Faekah lebih kurang sama dengan saya. Jika dia tidak bersalah, begitu juga saya," kata Tee pada sidang media di sini, Isnin.
Faekah dilaporkan menghantar surat sokongan agar sebuah firma yang mempunyai hubungan keluarga dengannya mendapat kontrak kerajaan.
Tee mengulangi pendiriannya bahawa tidak menjadi satu kesalahan dalam menulis surat sokongan dan mendakwa ia hanyalah pengenalan sesebuah syarikat kepada jabatan dan agensi kerajaan.
Pada Julai 2008, Tee dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan bulan berikutnya beliau mengeluarkan surat sokongan mencadangkan sembilan kontraktor termasuk syarikat anaknya menggunakan kepala surat pejabat Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu bagi mendapatkan kontrak daripada MPK.
Jabatan Audit negeri Selangor menyiasat kes Tee pada Julai 2010 dan beliau dipecat sebagai Ahli MPK bulan berikutnya.
Tee turut dipecat daripada DAP pada Julai 2010 selepas jawatankuasa disiplin parti mendapati beliau menyalahgunakan kepala surat Liu bagi mendapatkan kontrak untuk keluarga dan kroninya.
Selepas dua tahun, Tee masih mempertahankan tindakannya dan berkata, sikap membisu dalam kes Faekah membuktikan 'parti PKR tidaklah begitu tegas seperti DAP'.
Beliau memetik kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull pada Jun lalu sebagai berkata, tindakan mengeluarkan surat sokongan tidak menjadi satu kesalahan melainkan jika ia melibatkan individu dalam lembaga pengarah.
"Menteri Besar mengesahkan bahawa saya tidak berada dalam lembaga tender apabila surat sokongan dikeluarkan," katanya.
Tee berkata, walaupun Selangor memperkenalkan Enakmen Kebebasan Maklumat, beliau masih belum menerima salinan laporan audit kerajaan negeri yang mendapati beliau menyalahgunakan kuasanya.
"Saya meminta laporan itu beberapa kali dan pernah menulis surat tetapi tiada maklum balas," katanya.
Ps: Huh! Ingatkan Si Eli Wonggey tu aje yang ada isu dengan 'Bulu' ni. Rupanya dalam DAPigs pun ada jugak cerita 'Bulu' ye.
Tapi apa nak heran ye tak. Dalam bab pilih bulu ni, diorang memang cekap. Mana ada orang lain yang boleh lawan. Belum pun dapat merampas Putrajaya, dah wujud kronisme. Pun diorang nak tuduh orang jugak? Dasar tak sedar diri betul la. Macam sial!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.