Selasa, November 13, 2012


Seorang pemimpin kanan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki hari ini mendakwa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah mengesyorkan kebebasan agama untuk golongan murtad dalam kenyataan kontrovesinya minggu lalu.

Malah Pengarah Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki itu juga mendakwa, fenomena keluar daripada Islam atau murtad adalah kerana hukum hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

"Jika benar apa yang dimaksudkan Nurul Izzah dalam ucapannya ialah kebebasan untuk murtad maka pendiriannya sama dengan Umno dan BN, cuma dia (Nurul Izzah) hanya berpandangan, sedangkan Umno dan BN melaksanakan," kata beliau.

Zuhdi mendakwa hukum hudud yang dibawa oleh PAS adalah penawar kepada gejala murtad yang disifatkan beliau sebagai jenayah berat yang memerlukan hukuman setimpal.

Beliau seperti yang dijangka, terus membidas Umno namun menjauhkan diri daripada memberi sebarang reaksi terhadap kenyataan Nurul Izzah itu.

Ketika menghadiri program anjuran sebuah gerakan Kristian di Subang Jaya 3 November lalu, Nurul dipetik sebagai berkata kebebasan agama adalah hak semua kaum dan bukan untuk bukan Melayu sahaja.

Zuhdi menolak pandangan golongan murtad patut diberi kebebasan beragama dan membayangkan PAS akan menguatkuasakan hukum hudud terhadap mereka.

"Sebagai satu jenayah, mereka yang murtad perlu dihukum. Bagaimanapun hukuman itu hanya jatuh kepada mereka yang murtad secara percakapan dan perbuatan," katanya.


Ps: Kalau orang PAS baca kenyataan dari Dr. Mohd Zuhdi ni, dah tentu diorang akan tuduh dia ni alat kepada UMNO. Sekarang, semuanya dah terbogel belaka!!! Mengaku je la Nurul oi!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. bahlol punya zuhdi, hudud apa, kau tanya cikgu non al afghan, hj hadi dah tandatangan tak mau laksana hudud bersama pkr dan dap........, tolol pnya pencacai....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping