Semalam Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, telah mengeluarkan kenyataan untuk membersihkan nama Nurul Izzah, ekoran tuntutan biadap Nurul Izzah yang mahukan Melayu diberi hak untuk murtad.
Kenyataan ni disiarkan oleh Free Malaysia Today, portal pro pembangkang, jadi pencacai pembangkang tak payahlah nak pakai alasan kenyataan Harun Taib diputarbelit ya?
‘Maafkan Nurul, dia masih budak-budak’
PETALING JAYA: Ketua Ulamak PAS, Datuk Harun Taib menganggap Nurul Izzah tidak mempunyai pendidikan tinggi dalam agama.
Umur Nurul yang masih muda boleh menyebabkan beliau boleh membuat kesilapan jika bercakap mengenai agama Islam, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.
“Saya mengingatkan orang poltik yang tidak tahu agama Islam supaya tidak bercakap mengenai agama Islam.
“Kalau orang yang tahu agama boleh lah mereka bercakap hal agama,” kata Harun.
Harun menegaskan beliau tidak mengambil serius bimbang dengan kenyataan Nurul, sebaliknya lebih risau orang yang pandai agama tetapi banyak membuat salah dalam agama.
Dan tokoh PAS itu meminta orang ramai memaafkan Naib Presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
“Nurul masih budak-budak lagi, dan dia juga tidak ada pendidikan tinggi dalam agama,” katanya. - SUMBER
Ps: Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS ni jelas memperlekehkan Si Nurul Izzah tu. Jelas, Si Harun Taib ni pun tak yakin dengan Si Nurul Izzah tu.
Kalau dia rasa yang Si Nurul Izzah ni masih budak - budak, baik dia suruh Si Nurul Izzah ni duduk kat rumah je. Jaga suami, main dengan anak - anak.
Ada jugak faedahnya. Jangan nak menyibuk dalam dunia Politik. Buat mengabihkan masa dan menyusahkan orang je kerjanya!!! Satu kerja pulak orang kena jaga budak - budak!!!
kalau budak budak..shoooh pegi main jauh jauh.. pegi main masak2 ke.. budak2 mana boleh jadi pemimpin..hingus pun masih meleleh lagi
BalasPadamtak ada pendidikan dalam semua hal lah, bukan setakat agama je...
BalasPadamDan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. Al Isra 36
BalasPadamJanganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan. Al Isra 22
Bukan budakx lagi dah jadi mak budak pun . Kalu nak kelentong pun jangan sampai terjerat diri sendiri.
BalasPadam