KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) memberi amaran kepada kerajaan Umno BN agar tidak menjadikan guru sebagai mangsa dendam politik mereka.
Presiden Pendidik, Normala Sudirman (gambar) berkata, tindakan tersebut hanya akan menambahkan kebencian guru kepada Umno BN.
"Mengapa ada campur tangan politik untuk kepentingan sesuatu parti terhadap pendidik yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemecatan kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Qatrun Nada Latfi, yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan.
Pemecatan itu didakwa ada kaitan dengan tindakan beliau menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September lalu.
Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala juga berkata, Umno BN tidak berhak mengongkong kegiatan penjawat awam selepas waktu kerja.
"Selepas waktu kerja, seseorang itu berhak melibatkan dalam apa juga aktiviti selagi tidka melangar undang-undang.
"Mengikut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia juga, sebagai seorang warganegara, seseorang berhak menyatakan sokongan mereka terhadap mana-mana pihak kerana ia termaktub dalam perlembagaan Malaysia," tegasnya.
Ps: Nak berjuang untuk pendidik konon. Yang dia dulu dok Gila sangat nak jadi Wakil Rakyat menda kejadahnya!!!
Kalau betul dia nak jadi cikgu, tak payah la susah - susah nak bertanding dalam Pilihan Raya. Kerja je jadi cikgu tu.
Selama dia jadi cikgu dulu pun, dok menyokong puak - puak Parti Angguk Saja tu jugak. Tak de pun orang marah. Betul tak?
Baru sekarang ni pulak dia nak tunjuk 'Hero' dan memperjuangkan benda yang memang dah menjadi kebiasaan, apa faedahnya. Buat mengabihkan masa je!!!
Orang seperti inilah yang selalu mengata kerajaan zalim dan tak pernah bersyukur
BalasPadamTentang AMARAN ni dia dapat idea dari Menteri AMARAN kita...setakat amaran tak apalah. AMARAN demi AMARAN.
BalasPadam