Jumaat, November 30, 2012


Jangan nak bermimpi disiang hari la. Cuba belajar sedar diri sikit. Jangan asyik sangat nak hidup dalam angan - angan Mat Jenin yang tak kesampaian tu.

Selama hari ni pun, siapa yang nak mengiktiraf diorang ni. Tak de orang pun yang nak memberi penghargaan. Setakat jadi pencacai boleh la.

Jadi, tak payah la diorang nak menipu diri sendiri. Dan yang paling penting, jangan menipu rakyat sebab rakyat pun dah bijak untuk menilai sejauh mana keberkesanan mereka.

Semua orang tau yang puak - puak Parti Angguk Saja ni hanya sekadar hidup umpama kerakap diatas batu. Hidup segan, matinya tak mau.

Kalau di Negeri yang dikuasai oleh mereka, boleh la diorang nak tunjuk lagak. Tapi, kalau kat Negeri lain yang dibawah penguasaan Pakatan, mimpi je la.

Bukan setakat di Pulau Pinang je diorang kena pinggir. Tapi di Selangor pun sama je. Pun diorang tak diiktiraf oleh puak - puak Rejim Pakatan Selangor.

Yang kena lantik jadi Exco tu pun setakat lantik sebab kesian, bukannya sebab diorang tu diiktiraf oleh Rejim Pakatan. Setakat bagi jawatan untuk cukupkan korum.

Kalau tak bagi lansung nanti, takut pulak kena serang. Takut pulak ada pihak dari kalangan mereka sendiri yang pertikai. Itu pasal la, nak tak nak diorang bagi jugak.

Jelas, tindakan mereka menafikan perkara tersebut hanya dilihat sebagai cubaan untuk menegakkan benang yang basah semata - mata.

Jadi, usah mimpi la PAS nak laksanakan Hukum Hudud ni. Rentikan aje la mimpi - mimpi indah dan menuduh orang lain menolak perlaksanaan Hukum tersebut. Dah tentu - tentu diorang tak dapat buat sebab tak de orang yang iktiraf mereka pun!!!
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat tidak bermuafakat dalam urusan pentadbiran di negeri-negeri pembangkang.


Namun begitu, beliau tidak menafikan hampir sifar penglibatan kepimpinan PAS dalam pentadbiran di negeri Pulau Pinang yang dikuasai parti dominasi Cina, DAP.

"Mungkin jika diambil secara statistiknya, Kelantan 22 tahun di bawah pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz, segelintir sahaja yang daripada komponen Pakatan Rakyat yang bersama sebagai ADUN dan sebagainya.

"Begitu juga di Kedah, ada satu gandingan kesemuanya, mungkin lebih terserlah di Selangor kerana ia merupakan satu yang berimbang sifatnya. Namun di Pulau Pinang, hampir tiada penampilan atau keterlibatan PAS," ujarnya.


Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini antaranya menyebut tentang sikap saling tidak mempercayai antara satu sama lain punca sesetengah pemimpin rakan komponen tidak menyertai pentadbiran negeri.

Justeru katanya amalan demokratik yang dicanang gagal dibuktikan.

"Di Pulau Pinang yang diterajui DAP, parti PAS tidak menyertai kerajaan, di Kedah yang diterajui PAS, parti DAP tidak menyertai pentadbiran. Kita maklum, puncanya, kerana mereka saling tidak mempercayai antara satu sama lain," kata Najib.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping