Itu persoalannya. Tapi rasanya, jawapan yang akan kita temui lebih kurang sama je sebenarnya. Mungkin dia masih lagi tak serik - serik dengan perbuatan keji dia sebelum ini.
Jelas Si Ketua Penipu tu bukan sahaja suka dengan Pelacur luar Negara. Tetapi, Si Ketua Penipu tu juga turut suka melacurkan diri dia di luar Negara juga.
Jadi, memang tak heran la kalau dia mengambil tindakan sedemikian semata - mata untuk meraih sokongan terhadap dirinya sendiri. Bukannya dia buat untuk rakyat!!! Demi kepentingan sendiri, apa pun dia sanggup buat, termasuk la melacur sekali pun!!!
SHAH ALAM - Pendedahan berkaitan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr meminta negara terbabit membantu memantau Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, tindakan mencari pengaruh luar bukan kali pertama dilakukan oleh Ketua Umum PKR itu dalam usaha mendapatkan kuasa politik di negara ini.“Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana Anwar telah pun acapkali bertindak sedemikian, malah lebih dari itu apabila sanggup memburuk-burukkan negara sendiri lantaran mahu mengambil hati para pemimpin luar dan bersimpati kepadanya,” katanya dipetik Umno Online, hari ini.
Dilaporkan Anwar meminta bantuan Australia dalam PRU akan datang atas dakwaan untuk memastikan ia bebas daripada penipuan dan rasuah selain kononnya menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya.
“Apa lagi yang Anwar belum lakukan kerana sebelum ini dia bukan saja merendah-rendahkan kedudukan negara sendiri tetapi turut menganggap sistem demokrasi dan perundangan di Malaysia juga adalah lapuk dan ketinggalan,” kata Tengku Adanan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).Awal tahun ini, kata laman itu, media turut melaporkan Anwar telah ke Turki dan menafikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi selain tidak ada satu pun media yang ada di negara ini bebas untuk beroperasi serta mendakwa bahawa dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu adalah kerana mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu.
“Anwar lebih gemar meminta bantuan dari negara luar negara kerana rakyat di negara ini sudah tahu siapa dia yang sebenar.
“Tidak ada sesiapa yang mahu mempercayainya lagi sebagaimana pelbagai janji yang ditaburkan bukan saja sebelum dapat bentuk kerajaan bersama pakatan pembangkang di beberapa negeri tetapi dah ada kuasa pun terus menipu,” katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.