Memang dasar Kepala Batu gamaknya Si Nurul Izzah ni. Ostad - ostad yang dok menyokong PKR selama ni dah bagi nasihat dah. Tu pun dia tak nak dengar. (Klik Sini)
Lagi dia nak buat kerja yang akhirnya nanti hanya akan memalukan diri dia sendiri. Kot dah bersalah tu, jangan la nak tuduh orang yang bukan - bukan.
Takut nanti memalukan diri sendiri. Tapi, dia nak jugak buat, lantak ke dia la. Dia sendiri yang cari penyakit, sekarang dia sendiri la kena tanggung.
Sebenarnya, Si Nurul Izzah ni hanya nak mempolitikkan isu je. Bukannya dia nak cari Kebenaran sangat pun dalam isu ni. Lebih kurang sama je dengan Papa dia.
Kalau dia menang dalam kes tu nanti, dia boleh la kata yang dia tak bersalah sedangkan kenyataan dia yang menyokong Kebebasan Beragama tu tetap wujud.
Tapi, kalau dia kalah nanti, dia akan buat la cerita kononnya mahkamah tak adil. Dia kecam pulak sistem Kehakiman Negara. Itu je kerja dia pun. Asyik putar belit je. Bukannya dia nak tegakkan Keadilan sangat!!!
KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan dan ketua pengarangnya berhubung laporan berkenaan dengan kenyataan menyentuh kebebasan beragama, yang menurut beliau telah diputarbelitkan oleh akhbar terbitan syarikat berkenaan.Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.Saman itu berhubung empat artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia antaranya bertajuk: "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapanUtusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan.
Ps: Yang lebih menghairankan, kenapa dia setakat nak saman Utusan je? Kenapa dia tak saman Merosakkini yang mula - mula keluarkan berita tu?
Dan soalan seorang sahabat Semut sebelum ni pun masih lagi tak de yang berani jawab. Kenapa tak saman akhbar - akhbar lain yang turut memetik dari sumber yang sama? Ada kepentingan ke dia dalam akhbar tersebut? Korang fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.